Pengikut

Khamis, 28 April 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER



KENAPA AKU SEORANG BLOGGER? eeemmmm.... Aku akan cerikan dulu bagaimana aku boleh terjerumus masuk ke dalam dunia Blogger ni. Aku mula mencipta Blog aku sendiri pada tahun lepas bulan April. Semuanya disebabkan kesukaan aku yang suka mencari resepi-resepi masakan di blog Blogger-Blogger lain termasuk lah blog Mat Gebu, HaNa's Family, My Kuali dll. Oleh disebabkan itu, aku terpikir untuk mempunyai blog sendiri yang boleh ku kongsi apa jua informasi, cerita, resepi, kenangan dan semuanya bersama-sama teman lain yang tak pernah aku kenal.

Pada mulanya aku memang tak mempunyai ilmu dalam mencipta sebarang blog peribadi atau apa juga website, tapi disebabkan aku begitu inginkan blog sendiri... aku cuba belajar sikit demi sedikit sehinggalah aku berjaya mencipta blog ini. Walaupun aku dah mempunyai blog sendiri tapi aku masih mempunyai kekurangan iaitu teman-teman. Tak guna aku mempunyai Blog dan membuat entry tetapi tak ada sapa yang nak membaca. Akhirnya aku berjaya berjumpa dengan otai blogger sorang ni.... iaitu BEN ASHAARI. Dari dia aku banyak belajar cara berblogging dan cara menarik orang datang ke blog aku dan berminat untuk membaca entry aku. Terima kasih Abang Ben....

Walaupun aku baru setahun dalam dunia blogger ini, tapi aku dah rasa seronoknya berblogging. Bukan duit yang aku cari tapi teman-teman dan ilmu yang kadang-kadang susah untuk aku jumpa kat luar sana. Disebabkan aku terlalu banyak menghabiskan masa aku kat rumah, makan berblogging membuatkan aku mendapat ilmu-ilmu dan informasi-informasi terkini. Jadi, disini aku nak ucapkan terima kasih pada teman-teman yang sudi datang ke blog aku ini dan memberi komen pada entry-enrty aku. TQ SEMUA!!!!

One Lovely Blog Award dari @hatitupai

Dah lama org tak bagi Award kat Ieta ni. Hari ni buka je blog tengok ada @hatitupai Tag Award "One Lovely Blog Award" Ni lah Awardnya. Nice kan? Pink Lagi?

TQ @hatitupai.......


Dua soalan seperti biasa tentang diri Ieta....

KONGSI TENTANG DIRI KAMI

1) Seorang Ibu
2) Bekerja
3) Mempunyai seorang Putera " Amirul Fitri"
4) Suka duduk di rumah sambil berblogging
5) Mudah mesra
6) yang bestnya Ieta suka makan Tat Telur. hahhahaha...


BERIKAN AWARD INI KEPADA 15 BLOGGER BARU DITEMUI
hanya 5 Blogger yang mampu ku berika Award ini iaitu:-



Terimalah Award yang comel ini dari Ieta. Tq....

Rabu, 27 April 2011

Bakal Isteri Putera William Mimpi Bogel

Putera William dan Kate Middleton

TINGGAL sehari lagi menjelang pernikahannya dengan Putera William, Kate Middleton mula merasai kegusaran di hatinya.

Malah pada saat-saat yang dianggap penuh ketegangan, Kate mula mengalami mimpi buruk sejak beberapa hari lalu.

Peliknya, Kate mengalami tekanan menjelang hari bahagianya apabila dia bermimpi sedang bertelanjang di depan altar sebelum dikahwinkan dengan anak mendiang Puteri Diana itu.

"Ternyata Kate kini sangat tertekan menjelang hari perkahwinannya. Ini kerana seluruh rakyat Britain akan menyaksikan perkahwinannya dengan Putera kesayangan ramai.

"Cuma apa yang dimimpikannya itu agak pelik lebih-lebih lagi dia sudah lama dia tidak mengalami mimpi buruk yang memalukannya. Mungkin dia terlalu berdebar dengan keadaan di sekelilingnya ," kata sumber terdekat Kate kepada laman portal Splashnews.com.

Tambah sumber tersebut, Kate sambil bergurau kepadanya mengatakan dalam mimpi tersebut, ketika dia bertelanjang di hadapan umum, dia tidak tahu bahagian tubuh manakah yang harus ditutupnya dahulu. - mStar

Note: Sama Cantik, Sama Padan, Bagai Pinang Dibelah Dua.

Artis Lelaki Yang Akan Bergelar Suami Hujung Tahun Ini.

Zed Zaidi nikah 29 April

Tahniah Ieta ucapkan kepada Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal pada 29 April ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di Kuala Lumpur dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Detik perkenalannya dengan Natalia yang juga ahli perniagaan bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta. Wah! Romantiknya......... hahahhaha...


Ashraf nikah di Mekah 30 Ogos

Tahniah jugak Ieta ucapkan kepada pelakon lelaki yang paling Ieta suka, iaitu Ashraf Muslim, memilih untuk bernikah dengan tunangannya Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos tahun ini (1 Syawal) di Mekah.

Ashraf memilih Mekah kerana mengambil contoh amalan khalifah dan sahabat Nabi Muhammad yang bernikah di sana.

Sebelum bernikah, Ashraf akan mengerjakan umrah sambil menjalani rawatan bersama-sama bakal bapa mertuanya Lokman Abdul Hamid yang merupakan pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan membawa rombongan umrah.

Ashraf dan Dayana bertunang pada 23 April lalu di rumah keluarga Dayana di Kampung Sungai Pusu, Gombak.


Ucapan Ieta

Disini ieta ucapkan Tahniah & Selamat Pengantin Baru kepada  Zed Zaidi & Asraf Muslim kerana tak lama lagi akan bergelar suami kepada pasangan masing-masing. Apa yang penting jagalah keluarga anda sebaiknya dan jalankanlah tanggungjawab dengan seikhlas hati.
 - mStar

Shuib Menangis Siti Sarah Mengandung Dua Bulan


Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu. TAHNIAH!!!!.....

Apa yang buat ieta tergelaknya, menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya. Tak habis2 nak buat lawak! hahahhahahha

Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

“Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.

“Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata,” katanya.

Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

“Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.

“Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup,” ujarnya.

-mStar

Khamis, 21 April 2011

Piala Raja Sepanyol rosak selepas dilanggar bas


 
Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.

Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu. 



Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah. 
- AFP, Berita Harian



Selasa, 19 April 2011

Astro kena bayar Ahmad Dhani



 KINI semua peminat Akademi Fantasia sudah tahu Amy Search yang akhirnya menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia (AF) musim terakhir, iaitu musim kesembilan. Selepas pelbagai cerita timbul berkaitan isu kerusi hangat AF9 itu, vokalis Search itu muncul insan terpilih untuk mengetuai akademi.

Selepas semuanya selesai, pengumuman pengacara, tenaga pengajar, pelajar dan pengetuanya, kini rancangan itu dikatakan rancak berlangsung. Ingatkan, tiadalah apa-apa lagi yang akan dikomen. Tup-tup kemampuan barisan pelajarnya pula yang dengar teruk dikritik.
 
Ramai wartawan hiburan tanah air mengaku kurang teruja untuk mengikuti AF musim baru. Bukan kerana pengetua atau pengacaranya, tetapi bakat yang ditampilkan tidak menggambarkan inilah musim terakhir program realiti itu. Malas nak cerita panjang-panjang fasal kemampuan pelajar terbabit. Kalau ada yang meletup, seronoklah juga hendak mengomel di sini. Tetapi setakat ini, rasanya belum ada antara mereka yang sehebat bekas pelajar terdahulu.
 
Habis cerita fasal pelajar, adalagi cerita hangat yang didengar, Astro terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar pampasan kepada pemuzik Indonesia, Ahmad Dhani. Semua itu gara-gara dirinya tidak jadi dilantik sebagai pengetua, selepas ‘kontrak’ dikatakan sudah pun ditandatangani.
 
Berapa jumlah yang dibayar itu, Ieta pon tak tahu. Namun, mungkin jumlahnya tinggi. Maklumlah, khabarnya Dhani sudah pun membatalkan banyak projek membabitkan dirinya untuk menjayakan program realiti terbabit.
 
Ada lagi cerita yang terdengar beberapa hari lalu. Katanya, nasib baik Dhani tak jadi pengetua akademi, kalau tidak, dia pun tentu malu dengan bakat yang ditampilkan menerusi rancangan realiti itu pada musim ini.
- Berita Harian Online
 

Dr Faiz akan ke ISS



Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed hanya akan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) jika keadaan ekonomi negara mengizinkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) Zailani Samberid.

Bagaimanapun, beliau berkata, perancangan sudah dibuat untuk menyambung latihan yang diperlukan oleh Dr Faiz untuk mengekalkan kecergasannya sebagai sebagai persediaan misi itu.
Menurut beliau, misi itu terjejas berikutan masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 2008 dan 2009 yang menyebabkan dana untuk misi itu perlu digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain. Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada selama 10 hari di ISS pada Oktober 2007.
 
"Kita bertanggungjawab menjalankan program mendidik belia dan kanak-kanak berkaitan pendidikan sains angkasa dan juga mendapatkan dana untuk membiayai misi Dr Faiz ke angkasa lepas nanti," katanya kepada Bernama di Forum Belia Asean Tentang Kreativiti dan Inovasi (AYFIC) 2011, di sini, hari ini.
 
Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menganjurkan pelbagai program di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha menyemai minat berkaitan sains angkasa kepada pelajar.
 
Selain itu, ketika ditanya keperluan mempunyai seorang pelapis kepada Dr Faiz, beliau berkata, pemenang Cabaran Angkasawan Malaysia, Awang Shahrizan Awang Abu Bakar, 28, dari Sarawak, kini membantu Dr Faiz dalam mengelolakan program sains angkasa.
 
"Awang Shahrizan juga sudah pergi ke Pusat Angkasa Lepas Yuri Gagarin di Moscow, Russia untuk meninjau kemudahan latihan angkasawan di sana selepas memenangi cabaran itu di Pulau Langkawi dahulu," katanya.
 
YAM hadir di AYFIC 2011 bagi membantu Yayasan Inovasi Malaysia dalam menjalankan program berkaitan inovasi dan kreativiti membabitkan 113 peserta daripada negara Asean, Jepun, Korea Selatan dan China.
 
Forum tiga hari itu yang berakhir esok membabitkan perbincangan di kalangan kalangan delegasi belia ASEAN berkaitan inovasi terbaru dan pemikiran kreatif.

- BERNAMA
- BERITA HARIAN ONLINE



Isnin, 18 April 2011

Memang World Lah!!!!


Hahahahaha...dapat hari ni Ieta beli. 2 lagi!..

Kalau koorang nak tahu...gerai bergerak putu nih kat Jalan Gombak bersebelahan dengan Pasar Besar Gombak. Tepi jalan, kalau nak beli kena hati2 lah ye. Petama kali makan waktu tunggu adik beli makanan kat restoran sebelah gerai putu ni untuk makan tengah hari, parking pulak betul2 depan gerai putu, apa lagi Ieta rembatlah 2 bungkus. Sedap pulak tu!



Mana boleh ini macam mesti mau beli lebih punya... RM 2.50 sepeket dalamnya ada 5 ketul (50 sen satu la tu). Makan panas-2 sambil bawak kereta pastu tercekik sbb tak de ayor.....huahauahua....mmg marbeles betul putu bambu nie...mmg world..!!!!

Khamis, 14 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI



Salam semua,

Sekali lagi Abg Ben buat segman BEN ASHAARI GEGAR LAGI.... Apa yang Ieta tahu kali ni Abg Ben buat segmen ini adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak blog bermula hari ini ( KHAMIS - 14/04/2011 ) sehingga AHAD ( 17/04/2011 ). Bertujuan untuk apa?  tu Ieta tak tahu lagi... kena tanya Abg Ben sendirilah.
 

Bagi mana-mana Blogger yang nak menyertai segmen ini mudah je...
Klik header Ben Ashaari kat atas, dan ikut arahan yang telah Abg Ben berikan. Senang kan?
 

GOM RAMAI2 KITA GEGAR LAGI!!!!!!

Rabu, 13 April 2011

Jalan Karak Berhantu!

Misteri Di Lebuhraya Karak

  

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”


“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.


Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.

“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”


“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.

Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.


“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.

Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.

Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.

Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.

Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.

Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.

Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.

Followers ke 100 Blog MamaIeta

Akhirnya Followers ieta dah mencecah 100 pada hari ini 13/04/2011.

Ieta perkenalkan followers yang bertuah tersebut.


Mempunyai blog yang penuh dengan info2 yang berguna.
Jom jalan-jalan!

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH ..


Hari ni Ben Ashaari buat Segmen : Kaulah Pelita Hati Ku ......

Segmen ini berkisarkan tentang kenangan pahit, manis, susah & senang bersama mengharungi hidup bersama lelaki tersayang yang digelar 'AYAH'.
(tidak lebih dari 100 patah perkataan dalam 4 perenggan)


Namanya Kamarul Zaman b Mat Idris, dilahirkan pada tahun 1947, anak jati Kuala Lipis, Pahang, seorang peneroka Felda. Abah ieta seorang yang tegas kepada anak-anaknya dan seorang yang sangat peramah kepada siapa yang mengenalinya.

Pengalaman dan pengorbanan yang tak pernah ieta lupakan sampai bila-bila tentang Abah adalah.... kekuatanya dan kesungguhannya membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada kami 5 beradik. Daripada seorang anak sulung yang dibesarkan di sebuah kampung dengan kehidupan keluarga yang serba sederhana dan serba kekurangan, dia menjadi seorang lelaki yang sangat kuat bekerja. Semenjak umurnya belasan tahun Abah dah mula bekerja menoreh getah di kebun Cina menolong keluarga, pendidikannya terhenti sehingga darjah 6. Kemiskinan keluarga dan tanggungjawab yang dipikul sebagai anak sulung dalam keluarga, itulah yang memaksanya bekorban masa dan nyawa. Allah membalas segala pengorbanannya dan diberikan kehidupan yang lebih baik setelah Ieta dilahirkan.

Satu lagi kisah yang susah untuk kami lupakan satu keluarga... terjadi satu tragedi yang menimpa salah seorang adik Ieta, sewaktu usianya 2 tahun (baru pandai merangkak pada waktu itu) terjirus api di badan. Abah, ku anggap seorang hero yang datang menyelamatkan adikku yang tengah dijilat api. Abah cuba memadanpkan api dengan kedua belah tangannya ke badan adik sehingga api terpadam. Kesannya kedua-dua tapak tanggannya melecur teruk. Itulah kisah tragedi yang boleh membuatkan Ieta mengalirkan air mata jika terkenangkan waktu itu. Abah memang seorang yang paling Ieta sayang dan hormati. Pengorbanannya tidak dapat ku balas sehingga mati.

Abah seorang yang penyayang. Dia sukakan binatang terutamanya kuching, mana taknye setiap ekor kucing yang datang mencari makan kat rumah kami akan diberikannya makan dan dibela. Oleh sebab itu tak kisahlah kalau semua orang kat kampung ku mengenai Abah, sehinggakan budak-budak muda pon suka bergaul dengannya. SEKIAN.....


So ini lah hero Ieta 'ABAH KU'




Apakah cara terbaik mendidik anak kita di zaman yang penuh mencabar ini ?

Secara amnya, ibu bapa mendidik anak-anak dengan disiplin dan hukuman. Kedua-dua ini memberi kesan yang kurang sihat pada pembesaran anak-anak. Hukuman ialah sesuatu yang ‘menyakitkan’. Hukuman ialah membalas seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan. Disiplin pula merupakan tindakan yang dilakukan dengan satu matlamat tertentu. Dalam hal ini, ibu bapa harus mendisiplinkan anak-anak dengan diplomasi dengan tujuan untuk membantu anak-anaknya memperbaiki dirinya.



****   TAMMAT   ****

Selasa, 12 April 2011

Budak Comel Yang selalu buat hati aku PANAS!

     


Mari Ieta perkenalkan Budak Comel yang selalu buat hati Ieta PANAS!

Koorang kenal tak? kalau koorang nak tahu sapa nama dia... koorang cari lah sendiri kat gambar-gambar yang telah Ieta postkan kat sini.

Orangnya kuat makan macam kat bawah ni... PANAS! PANAS!



Orangnya suka bergambar dan mengambil gambar. (Memenangi tempat pertama @ ketiga ketegori photografi terbaik 1 Malaysia - Politeknik Muazam) PANAS! PANAS!


aDIK! mana kamera Kak Ieta? Bagi balik! hukhukhukhuk.......


PANASnya hati bila...........

COMEL SANGAT!

Header Blog MamaIeta




Ini lah Header Blog MamaIeta sekarang. Macam mana? walaupon tak sehebat orang2 yang lain.... tapi inilah percubaan pertama ieta. Mungkin akan berubah jika ada idea yang baru nanti.

Kenapa warna hitam ye?
Entah!
Mungkin ieta minat warna hitam kot! hehehhehehe

Apa-apa pon.....selamat berkenalan semua.....
Singgah lagi ke Blog MamaIeta.


Isnin, 11 April 2011

Aku baru nak layan Blog ni.........


Salam semua,

Hari ni Ieta nak cerita sikit mengenai satu Blog Movie yang baru Ieta nak terjah (manja-manja). Blog ni budak officemate ieta yang kenalkan, dia dah layan blog ni dah lama.... tapi baru sekarang nak bagi tahu
"sampai hati ko Efa"

Blog ni dinamakan Malaymoviefull.blogspot.com

Bagi sapa-sapa yang layang cerita-cerita melayu yang ada kat Malaysia ni memang baguslah koorang follow Blog ni. Apa yang Ieta lihat ada drama, filem, telemovie, cerekarama dan lain-lain lah. Malaslah Ieta nak cerita panjang-panjang... apa kata koorang klik je kat header kat atas tu.........


sELaMAt MeNOnToN!

Ahad, 10 April 2011

Jom Join Bloglist Frommetoyou


Helo Helo Helo

Ieta jalan2 kat blog Si Cempaka Biru tadi, dia buat entry Jom Joint Bloglist Frommetoyou. Ieta rasa macam nak joint sebab comel jugak budak yang duduk kat Fukui, Jepun ni.

Hai Frommetoyou......
(sorry tak tahu nama)


Sorry!! aku nak tag koorang

Sabtu, 9 April 2011

Kita Sambung OK!

Maharaja Lawak Minggu Ke-2 baru saja berlalu malam Jumaat lepas. Ieta masih tertinggal untuk melihat di Astro... paham2 je lah kan!


 
Ieta masih memilih Nabil antara yang terbaik. Masih mantap, hebat & menyegat dengan idea2 yang segar.....


Apa kata kita tonton semula persembahan Nabil. Layan Bro!




hehehheheheh memang lawak lah!

Khamis, 7 April 2011

Kosong


A'skm semua!


Maaflah koorang, OTAK Ieta kosong lah hari ni. takde apa yang nak Ieta nak ceritakan. Maaf ye! Ieta tengah cari idea apa yang nak diceritakan kat sini. Apa kata koorang bagi Ieta idea.


BAGI LAH! BAGI LAH!!!

Selasa, 5 April 2011

Artis Pilihan Bulan April

Lisa Surihani



Bulan ini artis pilihan Ieta adalah Lisa Surihani.

Eeeeemmmmm Ieta suka sangat Lisa sebab dia adalah antara artis yang naik dengan cara yang sangat positif. Jarang kan kita degar pasal cerita-cerita yang panas tentang Lisa? Sebab tu Ieta suka dia dan terpilih sebagai artis untuk bulan April.

Lagi 1 apa yang koorang mesti tahu adalah Lisa antara artis yang menpunyai penggikut di Facebook yang paling ramai iaitu seramai 1,318,257 sekatakat hari ini. Ramai kan?

Jom kita tengok seba sedikit mengenai Lisa.

Biodata

NAMA SEBENAR: Lisa Surihani Mohamed
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
AYAH: Allahyarham Mohamed Mahbob
IBU: Siti Amira Ahmad
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik
KERJAYA: Model, pelakon
FILEM: Goodbye Boys (2006), I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stilleto, Lagenda Budak Setan
DRAMA: Obsesi, 3 Janda, Seputih Salju, Adamaya, Mertua Vs Menantu 2, Kapowww! Atoi The Ajaib Boy, Tudung Ekspres, Sekali Lagi, Ombak Rindu
PENGHARGAAN:  Pelakon Harapan Terbaik FFM21
                                  Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2010
NAMA SEBENAR: Lisa Surihani Mohamed
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
AGAMA: Islam
BANGSA: melayu + bugis
STATUS: Bujang
TINGGI: 5’3 (160 cm)
BERAT: 45kg

Lisa Surihani offical website: -
Lisa Surihani facebook: http://www.facebook.com/pages/Lisa-Surihani/47778883803
E-mail: lisasofficial@gmail.com

BIOGRAPHY: Lisa Surihani mula menceburkan diri didalam bidang seni sejak dia berumur 11 tahun lagi, ketika itu dia menjadi model iklan.. Selepas itu Lisa Surihani dengan perlahan-lahan menjadi pengacara dan kini Lisa Surihani sudah pun bergelar seorang pelakon filem remaja yang digeruni…



Isnin, 4 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


Assalammualaikum......


Ieta cuba nak jadi 1 Ribu Blog April Bermula, tapi Ieta tengok yang joint dah lebih dari 1 ribu.
Macam mana Abg Ben? boleh GEGAR lagi?
Boleh! Terima Kasih.......


Sapa yang nak GEGAR masih ada masa sehingga 5hb. Mac 2011. Klik Banner kat atas dan ikut arahannya....



JOM GEGAR!!!!!

Sabtu, 2 April 2011

Contest Belog Cik Kumbang



Salam semua....

MamaIeta tengah joint Contect belog cik kumbang. Mana lah tahu boleh menang.. hhehehehehhehe.. (ada harapan ke?)

Tengah MamaIeta jalan2 kat GengBlogger tadi ternampak entry cik kumbang nak buat contest. MamaIeta terasa nak mencuba, kalau koorang tahu! nilah contest pertama MamIeta sepanjang MamaIeta berblogger ni.

Bukan susah.... koorang ikut je cara ni.....

Syarat-syarat :



1. Follow Belog Cik Kumbang... [xmo follow pun it's ok...cik kumbang xmo paksa2...sebab biarlah orang follow blog kita tu dengan hati yang ikhlas..betul x? ^__^]
2. Mesti ada blog [only dot blogspot dot com ]
3. Buat satu entry dengan tajuk Contest Belog Cik Kumbang amik banner tu sekali and make sure link kan terus ke blog cik kumbang or link ke entry contest nie
4. then bila da settle, drop link entry korang kat komen bawah nie ^__^
5. Tarikh tutup: 20 April 2011
6. last but not least tag 2 orang kawan


Syarat yang ke 6 Mamaieta tag ke:
1. Firdaus Kasim
2. JoQusary

Maharaja Lawak - Part 1

Selamat Pagi semua......

Pagi-pagi sabtu ni banyak jugak kerja rumah yang MamaIeta kena settle kan. Baru sekarang nak update Blog ni.

Malam tadi mesti ramai yang tonton Astro kan? yelah! malam tadi kan Minggu 1 Maharaja Lawak. Bagi orang macam MamaIeta yang takde Astro kat rumah kitaorang tonton kat YouTube je lah. hukhukhuk.... sebelum ceritanya basi apa kata kita tonton peserta-peserta yang membuat persembahan pada malam tadi.

Bagi pendapat MamaIeta sendiri, persembahan yang paling best dan yang paling hebatlah MamaIeta berikan kepada............. Nabil. Dia memang best lah! persembahan dia memang membuatkan perut Mamieta tak berhenti bersenam. huk huk huk huk...

Apa kata kita layan persembahan diaorang semua. lepas tu koorang pilihlah yang koorang rasa paling baik.


1. Jambu

2. Balas

3. Jozan

4. Man

5. Alex

6. Nabil

7. XN3

8. R2

9. Amir

10. Sepah

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter