Pengikut

Selasa, 29 Jun 2010

Pasukan Khas Ditubuhkan Untuk Cari Suspek Buang Bayi

Terlalu banyak cerita Kes Buang Bayi ni... sekarang dah melibatkan pelajar-pelajar sekolah pulak. Bagi pendapat ieta memang patutlah adanya pasukan khas yang memantau kes ni. Ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Tapi apa yang ieta harapkan ia betul-betul diambil serious tentang perkara ini, bukan hanya panas-panas tahi ayam je. Cerita dah sejuk.... takde apa-apa tindakan yang dibuat.

Ni berita yang ieta dapat dari Berita Harian Online

KUALA LUMPUR
: Polis Petaling Jaya menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang di sini, semalam.


Sekadar Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata pasukan itu ditugaskan bagi menjejaki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan.

“Sehingga kini, pihak kami masih belum menerima sebarang petunjuk dan maklumat yang boleh membawa kepada penemuan suspek. Kita juga masih menunggu laporan bedah siasat mayat bayi berkenaan dari Hospital Sungai Buloh untuk siasatan selanjutnya,” katanya. Mayat bayi lelaki itu ditemui oleh orang awam dengan keadaan satu daripada tangan bayi berkenaan bercerai daripada badan akibat digigit anjing liar kira-kira 4 petang.


Sekadar Gambar Hiasan

Bayi lelaki yang cukup sifat itu dipercayai berusia sehari dan masih mempunyai tali pusat.

Arjunaidi berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek tinggal di kawasan berhampiran dan beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. – Bernama

Selasa, 22 Jun 2010

Amaran Untuk Facebook!

Ada terima mesej ni baru je tadi dari Ben Ashaari mengenai I5R41L berkaitan Facebook. Gempak! mahu aku takut.



Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,

jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga

Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..

Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..
tolong disebarin.
syukron.

(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)

Isnin, 21 Jun 2010

Tabiat Makan Yang Perlu Dielak

1. Meninggalkan sarapan pagi

Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga. Anda memerlukan tenaga bagi menghadapi hari yang panjang; memberi tumpuan kepada kerja, berdepan tekanan serta melakukan pelbagai aktiviti fizikal lain. Tanpa bekalan tenaga daripada sarapan pagi yang baik, anda pasti mudah letih dan tidak bermaya.



2. Makan terlalu banyak

Anda perlu makan, tetapi bersederhanalah. Terlalu banyak makan bukan sahaja akan membawa kesan dari sudut fizikal tetapi juga kesihatan. Jika makan banyak menjadi tabiat, besar kemungkinan anda akan menghadapi masalah berat badan berlebihan, atau lebih buruk, obesiti. Perut buncit dan tubuh yang dibaluti terlalu banyak lemak bukan sahaja menjejaskan penampilan tetapi juga berisiko tinggi kepada pelbagai penyakit.

3. Mengambil terlalu banyak lemak, garam dan gula

Jika pun anda tidak makan banyak, awasi makanan yang anda ambil setiap hari. Makanan bergoreng dan mengandungi kandungan lemak, garam serta gula yang tinggi tidak baik untuk kesihatan. Ingatlah, penyakit-penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis saling berkait. Awasi pengambilan makanan yang mengandungi bahan-bahan ini, kurangkan sedikit demi sedikit, dan belajar menikmati makanan tanpanya.

4. Makan dan mengambil snek ketika melakukan kerja

Tabiat ini akan menyebabkan anda makan berlebihan, dan akhirnya menambahkan berat badan. Cuba fikirkan kembali, apabila anda makan sambil melakukan kerja, anda tidak sedar banyak mana makanan atau snek sudah anda kunyah. Anda makan secara 'mekanikal' dan sering kali juga sukar untuk berhenti mengunyah!

5. Makan sebelum tidur

Tubuh berehat apabila kita tidur, tetapi apabila anda makan sebaik sebelum tidur, perut akan terus bekerja dan proses 'mengosongkan' perut menjadi lebih perlahan.

6. Kurang makan sayur dan buah-buahan

Jangan makan hanya sekadar untuk kenyang. Fikirkan juga khasiat makanan yang dijamah. Anda memerlukan pelbagai nutrien yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran untuk lebih sihat.



7. Tidak minum air kosong mencukupi

Air amat penting untuk kekal sihat. Jika anda kurang minum air dalam sehari, ia boleh mengurangkan kadar metabolisma. Air amat diperlukan tubuh kita dalam semua fungsi metaboliknya, termasuk untuk membakar kalori. Jadi minumlah lebih banyak air!

Telur Malai Masala

Hari ni ieta nak berkong satu resepi dari telur, ieta dapat resepi ni dari Saji Online. Biasalah dah lepas musim sekolah ni banyak sangat telur rebus kat rumah hasil dari kenduri kahwin minggu lepas. Tak tahu nak buat apa (nak buang sayang)... dah selalu buat telur rebus masak sambal kali ni teringin buat resepi lain. Belek punya belek jumpalah resepi ni. Sedap lain dari yang lain... cubalah!

Bahan-bahan:

6 biji telur - rebus
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil garam masala
2 labu bawang besar
2 cm halia
2 sudu besar minyak sapi
4 tangkai cili hijau
Daun ketumbar - hiris
Garam

Cara Menyediakan:

1. Kisar cili hijau, bawang besar dan halia. Ketepikan.

2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.

3. Masukkan telur dan gaulkan sebati. Masukkan susu dan garam secukupnya. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar.

4. Taburkan garam masala. Enak dimakan bersama capati.

Jumaat, 18 Jun 2010

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa ieta ucapkan kepada abah ieta "Kamarul Zaman Bin Mat Idris" dan juga kepada bapa-bapa di seluruh dunia. Pengorbanan dan kasihmu akan kami kenang dan balas selagi termampu sebagai seorang anak yang tidak akan pernah melupakan jasa mu pada kami.

Hanya kamu yang memberi sinar dalam hidup kami, memberi inspirasi dalam hidup kami..... kekuatan dan kesungguhan kamu untuk terus membesarkan kami menjadi kekuatan dan semangat serta ilham untuk kami membesarkan keluarga kami nanti. Terima kasih atas pengorbananya mu.




"Ieta sayang abah"

Khamis, 17 Jun 2010

Geng Blogger Vs Kelab Blogger Ben Ashaari


VS


Salam kepada Blogger2 di luar sana, yang baru atau yang dah lama....

Koorang mesti tahu pasal Geng Blogger dan Kelab Blogger Ben Ashaari ni kan? Walaupun ianya berbeza cara tapi tujuannya adalah sama, iaitu menjadikan tempat untuk Blogger2 berkumpul dan memperkenalkan Blog masing-masing kepada Blogger2 lain. Kira tempat promosilah! hehehhe....

Aku suka lepak kat Geng Blogger sebab banyak perkara boleh dibincangkan di situ. Banyak pengetahuan yang aku dapat. Jika aku tak paham atau nak meminta pendapat Blogger2 lain cipta je satu topik, pasti ramai yang bagi pendapat. Dekat sini boleh kita lihat betapa ramainya Blogger. Setiap masa ada je blog-blog baru tercipta, makin meriah dan berwarna-warni.

Kelab Blogger Ben Ashaari ni baru jugaklah ditubuhkan oleh Ben. Tujuannya adalah untuk memudahkan Blogger2 untuk memperkenalkan @ mempromosikan Blog2 diaorang di Facebook. Ok jugak ada tempat macam ni, yelah kalau kita nak promosikan blog dalam facebook ni bukan semua nak tengok atau baca, jadi kalau ada tempat seperti Kelab Blogger ni lagi senang dan memudahkan Blogger.

Apa-apa pon aku ucapkan terima kasihlah pada Geng Blogger Dan jugak Kelab Blogger Ben Ashaari ni kerana perihatim dan memberi jalan untuk Blogger2 untuk memperkenalkan Blog kitaorang ni dengan lebih mudah.

TQ.... TQ... TQ..

Sabtu, 12 Jun 2010

MR HAPPY

Semalam ieta dapat Tag dari Kak Sweetie http://sweetie2010.blogspot.com untuk satu award happy yang tersenyum melebihi telinganya. hehehehe

Ni pertama kali ieta dapat Award Mr Happy ni, TQ.. TQ.. TQ.. Apa-apa ieta jawab dulu soalannya ye...... apa-apa lah!

1) adakah anda happy sekarang?

Senyum melebihi telinga.... apa tak happy nya....

2) kenapa anda happy?

Masih hidup dan ditemani oleh orang-orang yang happy..


3) Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?

Bila mana semua yang ieta rancang dan harapkan menjadi dan berjalan dengan baiknya.

4) pernahkah anda menerima tag?
Tak pernah. Ni yang pertama


5) Apakah warna kegemaran anda?

Hijau (sihat dan cergas)

Biru (damai dan tenang)

Merah (kuat dan hebat)


6) beritahu 9 orang yang anda mahu tag.


7) tuliskan sesuatu mengenai orang yang anda tag. panjang berjela pon takper.

Ieta suka baca N3 mereka kerana diorang yang membuatkan Ieta tak bosan pernah juga ketawa sendiri kadang-kadang, dapat berkongsi tips, gambar resepi dan cerita Alam kehidupan yang bagus utk dikongsi dan yang paling penting ialah bertambahnya kenalan Ieta di alam maya ni.

8) adakah anda happy dengan apa yang ada?

Ya Ieta happy dgn apa yg ada sekarang ni.. Mudah-mudahan semuanya baik dan bertambah happy n happening pada masa hadapan. Amin......

Happy Selalu........

sALAM cERIA sEMUA

Jumaat, 11 Jun 2010

KFC Snax Jom Joint !

Tadi jalan2 kat Blog Salmia Punya Pasal. Tertarik pulak cerita dia pasal KFC Snax, aku memang suka makan KFC, Dapat tahu ada peraduan tambah point kalau makan KFC apa lagi lajulah aku daftar. Aku ikut step by step macam yang Salmia ajarkan. Memang senang dan mudah je, siap dapat kad KFC Snax lagi dalam 14 hari bekerja dari hari pendaftaran ahli.

cara nak registernya boleh terus pergi laman web KFC SNAX.
Lepas register tu, anda akan terima e-mail untuk tujuan account activation. dalam email tu juga ada dinyatakan yang KAD KFC SNAX korang akan dihantar dalam masa 14 hari.



Haa.. dengan menjadi ahli KFC SNAX, korang boleh kompul point. cara nak collect point dia senang je.. bila anda dah register tu, anda akan dapat 1 point yang terus masuk akaun anda. point ni jugak boleh collect dengan cara anda klik LIKE, publish ke FACEBOOK dan TWITTER anda.



eh, ada lagi.. bila anda komen pada setiap entri dalam web ni pun akan dapat point. tapi ia limited untuk setiap hari. so, nak point anda banyak, hari-hari la masuk web tu.. akan ada ranking woo.. point aku ciput je..biasa la baru join. :P

Apa guna KAD KFC SNAX ni? kad ni tujuannya untuk bantu anda collect point jugak. dengan apa-apa pembelian di KFC outlet, anda akan dapat point. point tu akan di update dalam masa 24jam. tapi hanya boleh disemak online bila anda login di KFC SNAX. ok la tu kan.. nak reg pun bukan kena bayar. makan boleh kumpul point ok la daripada makan saja berak jadi najis.

Bila point anda dah banyak, anda boleh redeem point tu dengan menu-menu KFC kat bawah ni..



Ha! senang kan? dapat kumpul point dapat makan free.... hehehhe

Note: TQ Salmia Punya Pasal

Kerja Part Time


Kerja Partime!

Aku baru start keje cashier kat TESCO extra ni hujung bulan lepas. Penat jugak!
Mungkin ramai kawan-kawan diluar sana yang tengah buat partime atau penah buat partime. Aku tahu orang-orang yang buat partime ni kebanyakannya nak tambah pendapatan. Tahu-tahulah sekarang keperluan dah melebihi pendapatan, tak mampu untuk tampung semua keperluan hidup setiap bulan. Jadi untuk terus hidup dengan selesa terpaksa cari jalan terbaru.... buat partime kat mana2 yang berdekatan tempat kerja atau rumah.

Tapi ada buruknya......... masa untuk keluarga terpaksa dikorbankanlah. Mana taknye.... pergi kerja pukul 8.00pagi, habis kerja opis pukul 5.00petang lepas tu terus sambung buat partime pukul 6.00petang hingga pukul 11.00mlm..... sampai umah terus tidur. sabtu dan ahad kena kerja. Tapi kebanyakan yang buat partime ni bujang lah! kalau ada yang dah berkahwin pon sikit je.....

Apa-apa cukup bulan ni jelah aku buat partime sebab bulan depan aku dah dapat kerja baru kat sri gombak. YAHOOO!!!!! dekat dengan rumah. hehhehe

Khamis, 10 Jun 2010

Perasaan Aku Hari Ni


Pagi.................


Bengang sebab malam tadi kena balik lambat siapkan tender.
Pkl 3.00 pagi baru sampai rumah. Pagi-pagi hari ni kena pergi Putrajaya hantar tender.


Tengah hari.......................


Balik dari Putrajaya kena pergi ke bank pulak. Tunggu...... bapak punya lama.
Pergi umah bos, bos dah keluar. Pegi balik Office.


Petang..............

Kenapalah hari ni buat aku sedih betul............

Isnin, 7 Jun 2010

FIFA World Cup



Kita semua tahu sekarang semua kaum lelaki di setiap dunia tengah demam bola....
Sebenarnya aku nak cerita pasal FIFA World Cup ni tak lah berapa reti sebab aku ni bukan kaki bola. Tapi disebabkan dalam pejabat aku ni semuanya kaum Adam, termasuk bos aku jadi serba sedikit aku tahu lah jugak. hehehehheheh

Walaupon aku tak berapa ambil tahu pasal FIFA ni tapi aku suka pasukan England. hhehehe
Koorang suka pasukan apa?
Kenapa?

Selasa, 1 Jun 2010

TAKOYAKI ( OCTOPUS DUMPLING BALL )



Tadi jalan-jalan tengok resepi, tiba2 ternampak Kak Naz Rinn buat Takoyaki. Ieta memang suka Takoyaki ni, kalau pegi Jusco memang beli lah! tapi nak buat tak pandai, Ni yang nak kongsi resepi Kak Rinn pada peminat2 Takoyaki kat luar sana. Apa kata kita tengok resepi dia dulu...

Sumber : youtube.com

BAHAN-BAHAN:

1 biji telur
340ml air sejuk berais
1 tsp kicap soya cair
Secubit garam
1/2 tsp granulated DASHI ( Tak ada.... )
100gm tepung gandum (Kalau ada tepung takoyaki lagi ummmpphhh )
150gm octopus, direbus
1/2 cup cebisan tepung goreng tempura (Tak bubuh)
Pickled ginger secukupnya(Tak bubuh)
Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus
Daun bawang secukupnya, dihiris halus
Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
Wochestershire Sos Lea & Perrin
Mayonnaise

CARA-CARA:

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang.
2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati.
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.
5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.
6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.
7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick.
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak.
11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise.
12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa.

Udang Mentega



Bahan A

12 ekor udang sederhana besar
1 cawan tepung rangup
½ cawan air

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Gaulkan bersama tepung rangup serta sedikit air dan goreng sehingga masak. Ketepikan.


Bahan B

3 biji telur
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
8 tangkai cili padi - hiris halus
Sedikit daun kari
1 cawan mentega
Sedikit gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tuangkan telur sedikit demi sedikit diikuti dengan bunga kantan, cili padi, daun kari dan sedikit gula sehingga garing.

2. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Tutup api angkat dan hidangkan.

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter