Pengikut

Khamis, 1 Disember 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA



Hari AIDS Sedunia yang jatuh pada tanggal 1 Desember diperingati untuk menumbuhkan kesadaran terhadap wabahAIDS di seluruh dunia yang disebabkan oleh penyebaran virus HIV.

Konsep ini digagas pada Pertemuan Menteri Kesehatan Sedunia mengenai Program-program untuk Pencegahan AIDS pada tahun 1988. Sejak saat itu, ia mulai diperingati oleh pihak pemerintah, organisasi internasional dan yayasan amal di seluruh dunia.

"Selamat Menyambut Hari AIDS Sedunia. "

Ombak Rindu

Jumaat, 11 November 2011

11.11.11 apa maksudnya dalam hidup anda?


Assalammualaikum semua......

Lama betul tak update blog kesayangan ieta ni. Entah kenapa tiba2 teringat pulak nak tulis sesuatu kat ruangan ini (tarikh cantik jangan lepaskan peluang) hehehheheh.......

Topik kali ni... Apa maksudnya tarikh 11.11.11 dalam hidup anda? 
Mungkin tarikh ulangtahun, perkahwinan, naik pangkat, atau apa-apa jugak kongsilah kisah koorang kat sini. mungkin boleh dibuat kisah yang paling bersejarah dalam hidup kita semua.

Isnin, 25 Julai 2011

Aku Kembali Lagi..........

Assalammualaikum semua..........

Rindu rasanya, dah lama Ieta tak menulis diruangan yang paling ieta sayang ini. Bukan merajuk, bukan menyampah tapi terlalu sibuk dengan aktiviti yang lain. Hari ahad yang lalu ieta dan adik-adik pegi ke Cameron Highland, kitaorang ikut Tapah. Alamak jalan yang buat Ieta lemah satu badan (mabuk jalan) memang tak tahan, tobat taknak lalu situ lagi. Ada jalan lain tak nak ke sana? yang tak buat aku muntah. hehhehehehhehe.....

Sampai-sampai hujan pulak.... ni yang buat spoi ni! jadi kitaorang hanya sampai di Tanah Rata je. Terus petik buah strawberry, memang buat kepala aku yang sakit tadi lega sikit.






















Semua bekerja keras untuk memetik buah Stawberry, hehhehehheh..... termasuk lah aku!
Dalam syok memetik buah ada jugak 4, 5 buah bijik dah termasuk dalam mulut aku. hehheheheheh maaf ye.
Akhirnya ini lah hasil kutipan kitaorang pada hari itu..... ok tak? besar-besar.







 Seronok rasanya bila sesekali buat perkara-perkara yang boleh menenagkan otak dan pikiran, terasa lega sangat.... Ada jugak sayur-sayur yang kita orang beli kat sana. Nak beli banyak sangat rasanye buat buruk je kat dalam peti ais tu, so beli mana yang perlu je, hehehheh.....

Walaupun keadaan kat sana tak berapa bagus, masih sempat melawat ke ladang teh. Dah penat melawat, waktu pon dah petang, kita orang pon gerak untuk pulang. Alamat! lapar lah pulak. singgah makan di Tesco Rawang.

Nampaknya segala berjalan dengan lancar...........

Minggu depan balik kampung, Mama rindu Mirul. Tunggu Mama ye sayang.
I Love U...... Muah Muah Muah




Jumaat, 24 Jun 2011




Lagu Pokok
(Meet Uncle Hussain ft Hazama)

Sekarang dah menjadi kegilaan MamIeta buat masa ini. boleh dikatakan setiap hari mesti tak sah kalau tak dengar lagu POKOK. Best sangat!!!!!

Lagu yang Taja buat ni memang bagus. Dengar macam rancak, tapi liriknya memuja Tuhan Yang Esa... Bagus untuk perkembangan dunia hiburan masa kini.

Selamat mendegar.............

Ahad, 22 Mei 2011

16 TEKORBAN TANAH RUNTUH HULU LANGAT


Menitis air mata MamaIeta bila mendegarkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa ditimpa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, semalam. Akhirnya semua mangsa yang tekorban dapat dikeluarkan dari timbunan runtuhan tersebut, seramai 16 orang kanak-kanak semuanya.



“Saya nampak jelas apa yang berlaku. Saya dapat lihat pergerakan tanah menghempap bangunan yang terletak di tepi tebing bawah bukit itu. Saya sedih kerana tidak dapat buat apa-apa kerana tidak boleh berada terlalu dekat dengan kawasan itu.

Itu kata Penolong Ketua Penyunting Berita Harian Noraini Ismail, yang menyaksikan kejadian tanah runtuh, dengan jaraknya cuma kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Marilah kita lihat gambar-gambar di tempat tragedi.








AL-FATIHAH.....

Isnin, 9 Mei 2011

SIAPA NAK JOIN BLOGLIST FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM, SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYE~~~,


Kenapa Ieta join bloglist ni?
1. Saje.....
2. Nak cari kawan baru
3. Ada org nak kawan dengan Ieta ke?


TAG kepada...
(kalau sudi angkat tangan macam saya............)
1. schanahkz
2. javanesedove
3. fifymeow

UNTUK JOIN KLIK SINI

CUACA PANAS


PANAS!!!!!

Cuaca panas betul sekarang ni kan? wwwooooo..... dalam office Ieta walaupon dah pasang aircond paling kuat tapi masih terasa panas. Kat luar tak payah cerita lah kan.

Hari ni ieta puasa.... jadi lunch tadi tak keluar, tak tahulah tahap panas dia mcm mana. Tapi waktu Ieta balik dari office dalam pukul 5.30 petang cuaca panas masih terasa. Nasib baik jarak office dengan rumah dekat, kalau tak............ oooooo tak larat kena panggang dalam kereta. hehehhehehehe..... Aircond kereta pon tak terasa.

Tadi terbaca dalam Berita Harian Online, N3 : "Cuaca Panas dijangka berakhir minggu depan". Aduh!!!!! kena tahan sampai minggu depan lah nampaknya......

Air kosong pon nampak sedap

Sabtu, 7 Mei 2011

KORBAN IBU

Wanita rentung selepas selamatkan tiga anak




Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu yang berasal dari berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam.
 
Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.
 
Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan.
 
Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat.
 
“Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya sebak.
 
Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat.
 
“Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah,” katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang.
 
Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya.
 
“Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya,” katanya. - Berita Harian Online

SELAMAT HARI IBU


Orang kata aku lahir dari perut mak....(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku
Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk mak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.....
Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Artikel Cinta ini telah diambil dari Tentang Cinta


SELAMAT HARI IBU BUAT MAK KU HASHIMAH BT HASHIM MULAP, terima kasih atas segala-galanya..........

Jumaat, 6 Mei 2011

Deejay Hot FM Teruja Temu Bual PM

Salam semua. Satu Malaysia tahu bahawa pagi-pagi jumaat lagi PM kita dah memeriahkan suasana Hot FM. Tiga deejay radio Hot FM iaitu Fara Fauzana, Faizal Ismail dan Kieran berkongsi perasaan teruja apabila berpeluang menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung di studio radio itu di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, pagi Jumaat.

Pelbagai soalan telah dijawab oleh PM termasuklah keistimewaan angka 11 dalam dirinya yang mempunyai kaitan dengan tarikh lahir bapa dan anak sulungnya, pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Pahang yang ke-11 serta beberapa perkara lain. - mStar

Jom kita layan serba sedikit aktiviti PM di Hot FM.


Suasana ceria sewaktu Fara, Faizal dan Kieran menemubual PM di studio Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Jumaat. - Foto RAJA FAISAL HISHAN


PM menjawab soalan deejay dan pendengar dengan baik.


Aksi PM dan Faizal sewaktu bermain dam aji.

Fara bersalaman dengan PM sambil diperhatikan Faizal dan Kieran.

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


BEN ASHAARI.COM kembali dengan GEGAR 1000 BLOG MAY 2011. Tak kira mana mana blog pon leh join.. Blog lucah je tak leh .. hehehe
(Itu yang telah ditetapkan oleh BEN ASHAARI sendiri, naik joint kena ikut peraturan.)


Jika anda berminat untuk menyertai segment ini klik SINI....



Hadiah setakat ini
1) 3x domain untuk setahun
2) 3x RM 30 Prepaid (dalam malaysia jer)
3) ???



KITA KASI GEGAR INI BULAN!!!!!!

Rabu, 4 Mei 2011

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER


SAYA DAPAT BANNER NI DARI  ......  :   http://www.sunahsukasakura.com/

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

AKHIRNYA SCHANAH _KZ ADA BLOG JUGA..........


Selama Ieta bercuti ni dari hari Sabtu  hingga Rabu, tempat yang dituju adalah di KAMPUNGKU. Mana lagi kalau bukan kat Jengka, Pahang. Sepanjang bercuti sempat juga Ieta menurunkan ilmu blogger yang tak seberapa ni kepada adik bongsuku Schanah_kz. Hehehehhehehe....

Ni di kira promosi blog lah! tak dibayar tau!

Ok, kalau koorang berminat nak tengok blog atau berkenalan dengan Schanah_kz koorang klik je kat SINI atau kat Header kat atas.

Kalau nak ikutkan Ieta ni bukanlah pandai sangat dalam dunia Blogger ni, tapi tak salah kan berkongsi minat dan ilmu? kata orang "Ilmu yang baik, jika dikongsi bersama, banyak pahalanya". Ieta juga masih belajar, banyak lagi ilmu yang perlu ieta cari untuk menjadi Blogger yang bagus.

Apa-apa pon untuk pesanah Schanah_kz yang baru jadi blogger ni, belajar pandai-pandai, sibuk berblogger jangan lupa pelajaran. Ilmu lebih utama, yang hobi biar jadi sampingan.

Khamis, 28 April 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER



KENAPA AKU SEORANG BLOGGER? eeemmmm.... Aku akan cerikan dulu bagaimana aku boleh terjerumus masuk ke dalam dunia Blogger ni. Aku mula mencipta Blog aku sendiri pada tahun lepas bulan April. Semuanya disebabkan kesukaan aku yang suka mencari resepi-resepi masakan di blog Blogger-Blogger lain termasuk lah blog Mat Gebu, HaNa's Family, My Kuali dll. Oleh disebabkan itu, aku terpikir untuk mempunyai blog sendiri yang boleh ku kongsi apa jua informasi, cerita, resepi, kenangan dan semuanya bersama-sama teman lain yang tak pernah aku kenal.

Pada mulanya aku memang tak mempunyai ilmu dalam mencipta sebarang blog peribadi atau apa juga website, tapi disebabkan aku begitu inginkan blog sendiri... aku cuba belajar sikit demi sedikit sehinggalah aku berjaya mencipta blog ini. Walaupun aku dah mempunyai blog sendiri tapi aku masih mempunyai kekurangan iaitu teman-teman. Tak guna aku mempunyai Blog dan membuat entry tetapi tak ada sapa yang nak membaca. Akhirnya aku berjaya berjumpa dengan otai blogger sorang ni.... iaitu BEN ASHAARI. Dari dia aku banyak belajar cara berblogging dan cara menarik orang datang ke blog aku dan berminat untuk membaca entry aku. Terima kasih Abang Ben....

Walaupun aku baru setahun dalam dunia blogger ini, tapi aku dah rasa seronoknya berblogging. Bukan duit yang aku cari tapi teman-teman dan ilmu yang kadang-kadang susah untuk aku jumpa kat luar sana. Disebabkan aku terlalu banyak menghabiskan masa aku kat rumah, makan berblogging membuatkan aku mendapat ilmu-ilmu dan informasi-informasi terkini. Jadi, disini aku nak ucapkan terima kasih pada teman-teman yang sudi datang ke blog aku ini dan memberi komen pada entry-enrty aku. TQ SEMUA!!!!

One Lovely Blog Award dari @hatitupai

Dah lama org tak bagi Award kat Ieta ni. Hari ni buka je blog tengok ada @hatitupai Tag Award "One Lovely Blog Award" Ni lah Awardnya. Nice kan? Pink Lagi?

TQ @hatitupai.......


Dua soalan seperti biasa tentang diri Ieta....

KONGSI TENTANG DIRI KAMI

1) Seorang Ibu
2) Bekerja
3) Mempunyai seorang Putera " Amirul Fitri"
4) Suka duduk di rumah sambil berblogging
5) Mudah mesra
6) yang bestnya Ieta suka makan Tat Telur. hahhahaha...


BERIKAN AWARD INI KEPADA 15 BLOGGER BARU DITEMUI
hanya 5 Blogger yang mampu ku berika Award ini iaitu:-



Terimalah Award yang comel ini dari Ieta. Tq....

Rabu, 27 April 2011

Bakal Isteri Putera William Mimpi Bogel

Putera William dan Kate Middleton

TINGGAL sehari lagi menjelang pernikahannya dengan Putera William, Kate Middleton mula merasai kegusaran di hatinya.

Malah pada saat-saat yang dianggap penuh ketegangan, Kate mula mengalami mimpi buruk sejak beberapa hari lalu.

Peliknya, Kate mengalami tekanan menjelang hari bahagianya apabila dia bermimpi sedang bertelanjang di depan altar sebelum dikahwinkan dengan anak mendiang Puteri Diana itu.

"Ternyata Kate kini sangat tertekan menjelang hari perkahwinannya. Ini kerana seluruh rakyat Britain akan menyaksikan perkahwinannya dengan Putera kesayangan ramai.

"Cuma apa yang dimimpikannya itu agak pelik lebih-lebih lagi dia sudah lama dia tidak mengalami mimpi buruk yang memalukannya. Mungkin dia terlalu berdebar dengan keadaan di sekelilingnya ," kata sumber terdekat Kate kepada laman portal Splashnews.com.

Tambah sumber tersebut, Kate sambil bergurau kepadanya mengatakan dalam mimpi tersebut, ketika dia bertelanjang di hadapan umum, dia tidak tahu bahagian tubuh manakah yang harus ditutupnya dahulu. - mStar

Note: Sama Cantik, Sama Padan, Bagai Pinang Dibelah Dua.

Artis Lelaki Yang Akan Bergelar Suami Hujung Tahun Ini.

Zed Zaidi nikah 29 April

Tahniah Ieta ucapkan kepada Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal pada 29 April ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di Kuala Lumpur dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Detik perkenalannya dengan Natalia yang juga ahli perniagaan bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta. Wah! Romantiknya......... hahahhaha...


Ashraf nikah di Mekah 30 Ogos

Tahniah jugak Ieta ucapkan kepada pelakon lelaki yang paling Ieta suka, iaitu Ashraf Muslim, memilih untuk bernikah dengan tunangannya Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos tahun ini (1 Syawal) di Mekah.

Ashraf memilih Mekah kerana mengambil contoh amalan khalifah dan sahabat Nabi Muhammad yang bernikah di sana.

Sebelum bernikah, Ashraf akan mengerjakan umrah sambil menjalani rawatan bersama-sama bakal bapa mertuanya Lokman Abdul Hamid yang merupakan pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan membawa rombongan umrah.

Ashraf dan Dayana bertunang pada 23 April lalu di rumah keluarga Dayana di Kampung Sungai Pusu, Gombak.


Ucapan Ieta

Disini ieta ucapkan Tahniah & Selamat Pengantin Baru kepada  Zed Zaidi & Asraf Muslim kerana tak lama lagi akan bergelar suami kepada pasangan masing-masing. Apa yang penting jagalah keluarga anda sebaiknya dan jalankanlah tanggungjawab dengan seikhlas hati.
 - mStar

Shuib Menangis Siti Sarah Mengandung Dua Bulan


Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu. TAHNIAH!!!!.....

Apa yang buat ieta tergelaknya, menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya. Tak habis2 nak buat lawak! hahahhahahha

Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

“Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.

“Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata,” katanya.

Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

“Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.

“Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup,” ujarnya.

-mStar

Khamis, 21 April 2011

Piala Raja Sepanyol rosak selepas dilanggar bas


 
Piala bola sepak paling berprestij bagi kelab Sepanyol, Piala Raja Sepanyol, yang baru saja dimenangi pasukan Real Madrid terjatuh di depan bas pasukan itu apabila ia terlepas daripada genggaman pemain dan difahamkan rosak teruk.

Pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos, yang mengangkat trofi seberat 15 kilogram itu di atas kepalanya ketika berada di dalam bas tanpa bumbung, terlepas piala berkenaan sebelum ia jatuh di depan bas yang membawa pasukan terbabit.

Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan apabila bas terbabit melanggar piala berkenaan sebelum sempat memberhentikan kenderaan itu. 



Menurut laporan berita radio Cadena Ser, petugas perkhidmatan kecemasan memungut sekurang-kurangnya 10 bahagian piala yang sudah pecah. 
- AFP, Berita Harian



Selasa, 19 April 2011

Astro kena bayar Ahmad Dhani



 KINI semua peminat Akademi Fantasia sudah tahu Amy Search yang akhirnya menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia (AF) musim terakhir, iaitu musim kesembilan. Selepas pelbagai cerita timbul berkaitan isu kerusi hangat AF9 itu, vokalis Search itu muncul insan terpilih untuk mengetuai akademi.

Selepas semuanya selesai, pengumuman pengacara, tenaga pengajar, pelajar dan pengetuanya, kini rancangan itu dikatakan rancak berlangsung. Ingatkan, tiadalah apa-apa lagi yang akan dikomen. Tup-tup kemampuan barisan pelajarnya pula yang dengar teruk dikritik.
 
Ramai wartawan hiburan tanah air mengaku kurang teruja untuk mengikuti AF musim baru. Bukan kerana pengetua atau pengacaranya, tetapi bakat yang ditampilkan tidak menggambarkan inilah musim terakhir program realiti itu. Malas nak cerita panjang-panjang fasal kemampuan pelajar terbabit. Kalau ada yang meletup, seronoklah juga hendak mengomel di sini. Tetapi setakat ini, rasanya belum ada antara mereka yang sehebat bekas pelajar terdahulu.
 
Habis cerita fasal pelajar, adalagi cerita hangat yang didengar, Astro terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar pampasan kepada pemuzik Indonesia, Ahmad Dhani. Semua itu gara-gara dirinya tidak jadi dilantik sebagai pengetua, selepas ‘kontrak’ dikatakan sudah pun ditandatangani.
 
Berapa jumlah yang dibayar itu, Ieta pon tak tahu. Namun, mungkin jumlahnya tinggi. Maklumlah, khabarnya Dhani sudah pun membatalkan banyak projek membabitkan dirinya untuk menjayakan program realiti terbabit.
 
Ada lagi cerita yang terdengar beberapa hari lalu. Katanya, nasib baik Dhani tak jadi pengetua akademi, kalau tidak, dia pun tentu malu dengan bakat yang ditampilkan menerusi rancangan realiti itu pada musim ini.
- Berita Harian Online
 

Dr Faiz akan ke ISS



Angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed hanya akan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) jika keadaan ekonomi negara mengizinkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) Zailani Samberid.

Bagaimanapun, beliau berkata, perancangan sudah dibuat untuk menyambung latihan yang diperlukan oleh Dr Faiz untuk mengekalkan kecergasannya sebagai sebagai persediaan misi itu.
Menurut beliau, misi itu terjejas berikutan masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 2008 dan 2009 yang menyebabkan dana untuk misi itu perlu digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain. Angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada selama 10 hari di ISS pada Oktober 2007.
 
"Kita bertanggungjawab menjalankan program mendidik belia dan kanak-kanak berkaitan pendidikan sains angkasa dan juga mendapatkan dana untuk membiayai misi Dr Faiz ke angkasa lepas nanti," katanya kepada Bernama di Forum Belia Asean Tentang Kreativiti dan Inovasi (AYFIC) 2011, di sini, hari ini.
 
Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menganjurkan pelbagai program di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha menyemai minat berkaitan sains angkasa kepada pelajar.
 
Selain itu, ketika ditanya keperluan mempunyai seorang pelapis kepada Dr Faiz, beliau berkata, pemenang Cabaran Angkasawan Malaysia, Awang Shahrizan Awang Abu Bakar, 28, dari Sarawak, kini membantu Dr Faiz dalam mengelolakan program sains angkasa.
 
"Awang Shahrizan juga sudah pergi ke Pusat Angkasa Lepas Yuri Gagarin di Moscow, Russia untuk meninjau kemudahan latihan angkasawan di sana selepas memenangi cabaran itu di Pulau Langkawi dahulu," katanya.
 
YAM hadir di AYFIC 2011 bagi membantu Yayasan Inovasi Malaysia dalam menjalankan program berkaitan inovasi dan kreativiti membabitkan 113 peserta daripada negara Asean, Jepun, Korea Selatan dan China.
 
Forum tiga hari itu yang berakhir esok membabitkan perbincangan di kalangan kalangan delegasi belia ASEAN berkaitan inovasi terbaru dan pemikiran kreatif.

- BERNAMA
- BERITA HARIAN ONLINE



Isnin, 18 April 2011

Memang World Lah!!!!


Hahahahaha...dapat hari ni Ieta beli. 2 lagi!..

Kalau koorang nak tahu...gerai bergerak putu nih kat Jalan Gombak bersebelahan dengan Pasar Besar Gombak. Tepi jalan, kalau nak beli kena hati2 lah ye. Petama kali makan waktu tunggu adik beli makanan kat restoran sebelah gerai putu ni untuk makan tengah hari, parking pulak betul2 depan gerai putu, apa lagi Ieta rembatlah 2 bungkus. Sedap pulak tu!



Mana boleh ini macam mesti mau beli lebih punya... RM 2.50 sepeket dalamnya ada 5 ketul (50 sen satu la tu). Makan panas-2 sambil bawak kereta pastu tercekik sbb tak de ayor.....huahauahua....mmg marbeles betul putu bambu nie...mmg world..!!!!

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter