Pengikut

Rabu, 13 April 2011

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH ..


Hari ni Ben Ashaari buat Segmen : Kaulah Pelita Hati Ku ......

Segmen ini berkisarkan tentang kenangan pahit, manis, susah & senang bersama mengharungi hidup bersama lelaki tersayang yang digelar 'AYAH'.
(tidak lebih dari 100 patah perkataan dalam 4 perenggan)


Namanya Kamarul Zaman b Mat Idris, dilahirkan pada tahun 1947, anak jati Kuala Lipis, Pahang, seorang peneroka Felda. Abah ieta seorang yang tegas kepada anak-anaknya dan seorang yang sangat peramah kepada siapa yang mengenalinya.

Pengalaman dan pengorbanan yang tak pernah ieta lupakan sampai bila-bila tentang Abah adalah.... kekuatanya dan kesungguhannya membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada kami 5 beradik. Daripada seorang anak sulung yang dibesarkan di sebuah kampung dengan kehidupan keluarga yang serba sederhana dan serba kekurangan, dia menjadi seorang lelaki yang sangat kuat bekerja. Semenjak umurnya belasan tahun Abah dah mula bekerja menoreh getah di kebun Cina menolong keluarga, pendidikannya terhenti sehingga darjah 6. Kemiskinan keluarga dan tanggungjawab yang dipikul sebagai anak sulung dalam keluarga, itulah yang memaksanya bekorban masa dan nyawa. Allah membalas segala pengorbanannya dan diberikan kehidupan yang lebih baik setelah Ieta dilahirkan.

Satu lagi kisah yang susah untuk kami lupakan satu keluarga... terjadi satu tragedi yang menimpa salah seorang adik Ieta, sewaktu usianya 2 tahun (baru pandai merangkak pada waktu itu) terjirus api di badan. Abah, ku anggap seorang hero yang datang menyelamatkan adikku yang tengah dijilat api. Abah cuba memadanpkan api dengan kedua belah tangannya ke badan adik sehingga api terpadam. Kesannya kedua-dua tapak tanggannya melecur teruk. Itulah kisah tragedi yang boleh membuatkan Ieta mengalirkan air mata jika terkenangkan waktu itu. Abah memang seorang yang paling Ieta sayang dan hormati. Pengorbanannya tidak dapat ku balas sehingga mati.

Abah seorang yang penyayang. Dia sukakan binatang terutamanya kuching, mana taknye setiap ekor kucing yang datang mencari makan kat rumah kami akan diberikannya makan dan dibela. Oleh sebab itu tak kisahlah kalau semua orang kat kampung ku mengenai Abah, sehinggakan budak-budak muda pon suka bergaul dengannya. SEKIAN.....


So ini lah hero Ieta 'ABAH KU'




Apakah cara terbaik mendidik anak kita di zaman yang penuh mencabar ini ?

Secara amnya, ibu bapa mendidik anak-anak dengan disiplin dan hukuman. Kedua-dua ini memberi kesan yang kurang sihat pada pembesaran anak-anak. Hukuman ialah sesuatu yang ‘menyakitkan’. Hukuman ialah membalas seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan. Disiplin pula merupakan tindakan yang dilakukan dengan satu matlamat tertentu. Dalam hal ini, ibu bapa harus mendisiplinkan anak-anak dengan diplomasi dengan tujuan untuk membantu anak-anaknya memperbaiki dirinya.



****   TAMMAT   ****

15 ulasan:

  1. Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)


    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam
  2. nasib baik lah adik selamat kan..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah Syafiq, kedua2nya selamat. Dan kami hidup bahagia sampai sekarang.

    BalasPadam
  4. singgah lah blog dekcik..
    bce ngah penuh hayati..

    http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

    BalasPadam
  5. salam kenal.. hehe.. dtg dari blog abg ben

    BalasPadam
  6. assalam.. dtg jengah dari blog en.ben.. salam perkenalan.. & dah follow :)

    BalasPadam
  7. ayah adalah yg terbaik!^^

    mari2 singgah^^
    http://whenisaidsomething.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bicara-kasih-ayah.html

    BalasPadam
  8. coming from Abg ben's segment!!

    i follow ur nice blog kak!

    BalasPadam
  9. snggh dri blog en.ben...baca dan folo awk....
    http://asyifamustaffa.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. singgah bace cni...

    pengorbanan abah memang tak ternilai!!!

    BalasPadam
  11. salam singgah baca kisah tentang ayah
    pengorbanan seorang ayah memang tiada tandingnya...sayangilah dia selagi hayatnya masih ada!

    BalasPadam
  12. tade yang lebih tacing dari kisah Ayah dan Mama.

    Nadh sayang ayah nadh jugak.. ;)
    Salam singgah salam ziarah dari nadh..
    kita jadi anak soleh solehah untuk Ayah ye. yang mendoakan kebahagiaan depa dunia dan akhirat..

    Nadh datang melawat ni.. ;)
    kisah anak Ayah Budak Nakal

    BalasPadam
  13. segmen ni bagus, tapi sebak nak buat... sayang papa lulu...semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati...

    BalasPadam
  14. Moga kita bahagia sepanjang bersamanya. Kenanglah ia jika sudah tiada. Jangan disisihkan dia jika sudah berusia. Moga tidak menyesal jika tiadanya di dunia.

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta