Pengikut

Selasa, 19 April 2011

Astro kena bayar Ahmad Dhani



 KINI semua peminat Akademi Fantasia sudah tahu Amy Search yang akhirnya menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia (AF) musim terakhir, iaitu musim kesembilan. Selepas pelbagai cerita timbul berkaitan isu kerusi hangat AF9 itu, vokalis Search itu muncul insan terpilih untuk mengetuai akademi.

Selepas semuanya selesai, pengumuman pengacara, tenaga pengajar, pelajar dan pengetuanya, kini rancangan itu dikatakan rancak berlangsung. Ingatkan, tiadalah apa-apa lagi yang akan dikomen. Tup-tup kemampuan barisan pelajarnya pula yang dengar teruk dikritik.
 
Ramai wartawan hiburan tanah air mengaku kurang teruja untuk mengikuti AF musim baru. Bukan kerana pengetua atau pengacaranya, tetapi bakat yang ditampilkan tidak menggambarkan inilah musim terakhir program realiti itu. Malas nak cerita panjang-panjang fasal kemampuan pelajar terbabit. Kalau ada yang meletup, seronoklah juga hendak mengomel di sini. Tetapi setakat ini, rasanya belum ada antara mereka yang sehebat bekas pelajar terdahulu.
 
Habis cerita fasal pelajar, adalagi cerita hangat yang didengar, Astro terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar pampasan kepada pemuzik Indonesia, Ahmad Dhani. Semua itu gara-gara dirinya tidak jadi dilantik sebagai pengetua, selepas ‘kontrak’ dikatakan sudah pun ditandatangani.
 
Berapa jumlah yang dibayar itu, Ieta pon tak tahu. Namun, mungkin jumlahnya tinggi. Maklumlah, khabarnya Dhani sudah pun membatalkan banyak projek membabitkan dirinya untuk menjayakan program realiti terbabit.
 
Ada lagi cerita yang terdengar beberapa hari lalu. Katanya, nasib baik Dhani tak jadi pengetua akademi, kalau tidak, dia pun tentu malu dengan bakat yang ditampilkan menerusi rancangan realiti itu pada musim ini.
- Berita Harian Online
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter