Pengikut

Jumaat, 21 Mei 2010

Ketam Lemak Aroma



BAHAN-BAHAN:


3 ekor ketam

3 batang serai (ketuk)

1 kuntum bunga kantan

2 helai daun kunyit

3 keping asam gelugur

2 cawan santan

Garam

1 cawan air

BAHAN KISAR:

2 cm kunyit hidup

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 ulas cili merah

4 tangkai cili padi

1 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan air kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga mendidih.

2. Masukkan serai, bunga kantan, daun kunyit dan asam gelugur serta ketam.

3. Kemudian masukan santan dan perlahankan api.

4. Bubuh garam secukup rasa.

Khamis, 20 Mei 2010

Optical Illusion


di garis putih di tengah-tengah sudut pertemuan 4 kotak samar-samar terlihat bayangan hitam, namun jika mata mencoba memandang bayangan hitam itu, bayangan hitam itu tidak ada, hanya warna dasar putih.


sama seperti diatas, ada gerakan bergelombang..

Untuk lebih lanjut klik sini Edwin

Cinta Suami Orang?


Dewasa ini, sering kali kita mendengar cerita si gadis muda yang terperangkap dalam situasi bercinta dengan suami orang.

Walau bukan itu yang dimahukan, namun, kerana lakonan dan permainan lelaki yang bermulut manis, si gadis yang kebanyakannya kurang pengalaman dalam bercinta, akhirnya terjerat dengan hubungan sebegini.

Bila status lelaki yang dicintai itu diketahui, mereka merasakan ianya sudah terlambat kerana hati mereka sudah terlanjur sayang. Akibatnya, mereka sanggup bermadu atau memberi kata dua kepada lelaki, sama ada memilih keluarga atau dirinya.

Untuk mengelakkan kejadian sebegini terus berleluasa, para gadis perlu diberikan panduan agar tidak mudah terjerat dengan cinta suami orang. Jalan terbaik untuk mengelakannya ialah dengan mengenali ciri-ciri lelaki beristeri.

Anda perlu pandai meneliti dan membaca perlakuan lelaki yang sudah berumahtangga, agar tidak mudah terpedaya dengan lakonannya untuk mencuri cinta. Ia juga penting supaya anda tidak termakan pujuk rayu yang kadang-kadang merugikan diri anda sahaja.

Bercinta dengan suami orang sememangnya akan mengambil banyak masa dan tenaga. Sukar untuk memilikinya kerana dia sudah beristeri dan kalau mampu memilikinya sekalipun, anda harus berkongsi kasih dan berkorban banyak perkara untuknya. Jadi, sebelum terjebak dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri.

1. Elak topik tertentu

2. Panggilan telefon mengikut arahannya

3. Separuh hati

4. Lihat jarinya

5. Berahsia dan beralasan

6. Selalu sibuk pada hari minggu

7. Bersikap tenang

8. Anda curiga

Lebih lanjut klik di sini: Gua.com.my

Rabu, 19 Mei 2010

Terung Goreng



BAHAN-BAHAN:

4 biji terung ungu panjang (belah tengah tapi jangan putus)

1/2 sudu kecil garam halus

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 1/2 sudu besar air sejuk

(Semua bahan di atas digaul rata)

1 1/2 cawan minyak masak


BAHAN-BAHAN TUMBUK:

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm halia

2 sudu besar cili kisar

1/4 cawan air asam jawa

1 cm belacan

1 1/2 sudu besar gula merah

Garam secukup rasa

80 gm ikan bilis kecil

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung hingga lembut. Angkat

dan ketepikan.

2.Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing,

ketepikan.

3.Keluarkan minyak dan tinggalkan tiga sudu besar, tumis bahan-bahan tumbuk

hingga naik bau.

4.Masukkan pula cili kisar, air asam jawa dan belacan, goreng hingga pecah minyak.

Akhir sekali masukkan pula gula merah dan garam secukup rasa.

5.Kacau dan padamkan api. Bubuh terung dalam pinggan, curahkan sambal di atas

terung dan taburkan ikan bilis goreng.

Puding Kelapa



BAHAN-BAHAN:

2 liter air

1 pek coconut puding Mix (500 gm)


CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan air di dalam bekas kemudian masukkan coconut puding mix.

2. Kacau perlahan-lahan dan rata.

3. Kemudian sejukkan dan hidangkan.

Isnin, 17 Mei 2010

Koleksi Novel Bersambung Kegemaran



Ini lah koleksi novel yang bersambung menjadi kegilaan ku. Walaupun ianya dah lama, tapi tetap kekal di dalam ingatan. Aku tahu bagi pengemar-pengemar novel pasti ada koleksi novel-novel Sharifah Abu Salem ni kan?

Novel "Tak Seindah Mimpi" aku pinjam baca dari novel kakak ku Kak Ana, dia pon pengemar Novel-Novel Cinta. Mula-mula aku baca jalan ceritanya aku tak berapa nak paham, aku ulang baca semula. Akhirnya aku paham jalan ceritanya, memang aku suka. Mengisahkan permulaan hidup Norjinah yang mencari sebuah kehidupan demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah. Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan.

Novel "Tak Semanis Impian" aku beli di kedai buku. Novel ini sambungan dari novel Tak Seindah Mimpi. Ianya mengisahkan kemelut rumah tangga Norjinah dan Razif. Di sebabkan sama-sama banyak memendam rasa dan rahsia, tidak meluahkan rasa cinta yang akhirnya membinasakan keluarga dan timbulnya orang ke tiga iaitu Norseha.

Novel "Tiada Lagi Mimpi" aku beli bersama Novel Tak Semanis Impian. Novel akhir kisah Norjihan dan Razif. Novel ini banyak mengisarkan tentang kegilaan Norseha yang ingin merebut Razif dari Norjinah sehingga merosakkan diri sendiri. Apa kah kesudahannya?

Novel Pertama Yang Ku Baca

Ini lah Novel Cinta yang pertama ieta baca. "Ombak Rindu" hasil nukilan Fauziah Ashari. Ieta terlalu suka dengan jalan ceritanya, ia membawa ieta betul-betul berada dalam watak Izzah. Rasa gembira, sedih, hampa, berharap, marah dan semuanya yang Izzah rasa, dan itu lah juga yang ieta rasa. Dah berulang-ulang ieta membacanya, ieta tak penah jemu dengan jalan ceritanya. Novel ini juga yang membina taman-taman bunga di dalam hati ieta, masih terasa segar dan nyaman.

Ok lah! pada sapa-sapa yang tak pernah membaca Novel Cinta jadikanlah Novel "Ombak Rindu" ini sebagai Novel Pertama dalam diri anda. Pasti anda merasai apa yang ieta rasa. Disini ieta berikan sinopsisnya:-

Sinopsis : OMBAK RINDU

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Selamat membaca!

Memberi keizinan kepada Ben Ashaari untuk mempromosikan blog ini kedalam blognya.

Hari ni aku dapat satu email dari Ben Ashaari, dia mohon kebenaran untuk mempromosikan blog aku dalam blog dia untuk dijelajah oleh pembaca-pemcara yang lain. Aku apa lagi OK je..... "seperti orang megantuk disorongkan bantal" hehehehhehe........ Mungkin dengan cara ni lebih meramaikan lagi kunjungan pembaca-pembaca di luar sana ke blog aku dan ia juga menguatkan semangat aku untuk mencari info-info yang berguna untuk dimuatkan ke dalam blog ini supaya ianya dapat memberi ilmu dan manfaat kepada yang berkunjung.


OK! apa-apa pon aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ben Ashaari kerana sudi untuk mempromosikan blog ini ke dalam blog nya. Terima Kasih banyak-banyak.

Jumaat, 14 Mei 2010

Sup Kue Tiaw

Sup Kue Tiaw

BAHAN SUP:

500 gm tulang ayam

100 gm ikan bilis

1 kiub pati ayam

2 sudu besar garam

2 sudu besar gula

2 liter air

BAHAN KUE TIAW:

200 gm kue tiaw

20 gm ayam (hiris)

1 sudu besar bawang goreng

3 tangkai daun bawang

2 tangkai cili merah

2 sudu besar hirisan cendawan

BAHAN KICAP:

100 gm cendawan hitam (rendam)

2 sudu besar minyak masak

2 ulas bawang putih (cincang)

250 ml air

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap masin

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu kecil bijan

2 sudu besar gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Renehkan kesemua bahan sup.

2. Untuk kicapnya, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan cendawan hitam, kemudian air, sos tiram, kicap masin, kicap pekat, bijan dan gula. Renehkan sehingga pekat.

4. Setelah masak kesemuanya, sediakan bahan kue tiaw. Hidangkan kue tiaw dengan hirisan ayam, daun bawang, cili merah dan cendawan.

Sos Telur Berbatik

Sos Telur Berbatik

BAHAN A:

4 biji telur

4 helai bunga telang

Minyak masak untuk menumis

BAHAN SOS:

3 ulas bawang putih

5 tangkai cili padi

7 tangkai cili merah

3 sudu besar gula

1/2 cawan sos tomato

3 tangkai daun kemangi

1 helai daun limau purut (mayang)

Sedikit halia

Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebus telur dengan bunga telang. Setelah telur masak, ketuk-ketukkan telur itu agar kulit telur kelihatan retak. Rebus lagi seketika.

2. Untuk sosnya, kisarkan bawang putih, halia, cili padi dan cili merah. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi.

3. Masukkan sos tomato, daun kemangi dan daun limau purut. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga pekat.


Bunga Telang


Ayam Kicap Bersantan

Ayam Kicap Bersantan

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam

1 batang daun selasih

1 sudu kecil serbuk lada hitam

3 sudu besar kicap masin

1 cawan santan

Sedikit rempah empat sekawan

Minyak masak

Garam

BAHAN MAYANG:

3 cm halia

3 tangkai cili hijau

1 tangkai cili merah

15 tangkai cili padi

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:

1. Ayam dibersihkan, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Pijarkan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan tuskan.

2. Selepas itu, tumiskan bahan mayang dengan rempah empat sekawan sehingga wangi. Angkat sebahagian tumisan ini dan ketepikan.

3. Kemudian tuangkan kicap dan masukkan santan, serbuk lada hitam dan batang daun selasih. Masak sehingga pekat. Tuangkan kuah di atas ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan sebahagian rempah tumis yang telah di­asingkan tadi.

Sambal Hijau










BAHAN-BAHAN:

9 tangkai cili hijau (kisar)

2 papan petai

1 labu bawang besar

1 sudu besar cuka

Garam dan gula

1 keping isi ikan tenggiri masin (goreng)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar hingga layu.

2. Kemudian tuangkan cili hijau kisar, dan bubuhkan cuka, garam dan gula.

3. Masukkan petai dan isi ikan masin. Tumis sehingga cili masak.

Istimewanya epal hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Ulasan dari: Saji

PaNJaNg pErjALaNAn BaLIk. PeNAtnYa............



Ni lah jalan-jalan atau lebuhraya yang terpaksa aku lalaui setiap hari untuk mencari sesuap nasi. PENAT? jangan cakaplah! penat gila......... tapi aku harunggi juga. Duduk di Gombak, bekerja di Shah Alam. Kalau nak cerita pasal kesesakan, HA! memang boleh dikatakan hari-hari, pegi-balik sama je. Belum musin hujan lagi. Aku tahu semua orang lalui benda yang sama, apa yang penting sabar dan percaya rezeki yang kita cari tu halal. Penah satu ketika seorang lelaki berkata pada aku "rezeki tu ada dimana-mana, kalau Allah dah tentukan rezeki kita 2 ada di sana, disanalah rezeki kita, sedekat manapon rezeki tu ada tapi itu bukan rezeki kita memang kita tak akan dapat rezeki tu" makan dengan itu aku hanya berdoa kepada-Nya supaya Dia tidak meyempitkan pintu rezeki ku. Amin.....






Khamis, 13 Mei 2010

Penakluk Hebat Yang Agung

Hari ni aku nak cerita pasal "Penakluk Hebat".
Kalau di Blogger Ben Ashaari yang aku gelarkan dia sebagai "Penakluk Hebat Blogger". kenapa aku bagi gelaran tu pada dia? pasal macho ke? pasal dia kuat membebel ke? atau memang dia penggoda di Blogger? Apa-apalah! yang penting aku tahu semua Blogger2 di Malaysia ni kenal dengan Ben Asshaari.

Ok Lah! Kita cerita pasal penakluk hebat yang agung di kalangan umat islam.

Iskandar Zulkarnain penakluk agung

Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great. Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab. Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidakselarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.Namun begitu A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat. Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat. Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu. Menurut catatan sejarah, Iskandar Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah. Setelah itu, beliau memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain. Beliau telah melantik seorang gabenor dan menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain. Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu, tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat yang paling hujung di sebelah timur.Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim. Hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk”. Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan timur. Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu. Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan. Begitu juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara. Gerbang besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng. Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi. Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu dari Bukhara.Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil. Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam.Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan Islam. Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang tidak kunjung selesai.Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya. Bukan sekadar itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain. Jadi sudah tentu Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain. Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya. Oleh hal yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama.

Selasa, 11 Mei 2010

Lukisan Digital

Wow! Lukisan Digital Yang Megagumkan Bukan? Macam mana penghasilannya? Tentu sahaja ia memerlukan kebolehan menggunakan Adobe Photoshop brushes yang tinggi. Lihat dan hargailah lukisan-lukisan inifollow_me____by_omen2501.

snuff_on_digital_by_tehafifanpng

Karya Hebat Imam Maleki

Imam Maleki Pelukis Agong Iran

Imam Maleki Pelukis Agong Iran

LIHATLAH SENDIRI KEHEBATAN KARYA BELIAU. SEKALI IMBAS MACAM GAMBAR FOTOGRAFI.

lukisan-11

lukisan-2

lukisan-3

lukisan-41

lukisan-5


lukisan-7

lukisan-8

lukisan-9

lukisan-10

lukisan-111

lukisan-13

lukisan-16

Pelik Tapi Benar

Hari ni nak cerita benda pelik pulak. Mesti semua dah penah tengok kan?
Jom Tengok!




























































































Semua gambar diatas ini merupakan lukisan ilusi atau 3D
Ia juga dipanggil dengan nama 'Optical Illusion'.Ia seakan-
akan benda yang betul,tetapi sebaliknya hanya lukisan.

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter