Pengikut

Sabtu, 31 Julai 2010

Apa Minat Anak Anda?

Assalammualaikum semua!

Hari ni terasa rindu pulak pada Puteraku Amirul. Ops! apa kaitannya Amirul dengan Bob The Builder ni? Banyak kaitannya....


Ieta tahu, cerita kartun Bob The Builder ni adalah salah satu cerita kesukaan anak-anak kita di rumah terutamanya bagi budak-budak lelaki, tak terkecuali Puteraku Amirul. Dia terlalu obses pada cerita ni. Oleh sebab dia terlalu suka apa juga yang berkaitan dengan pembinaan ieta selalu bagi sokongan pada dia, sebab ieta tahu dengan cara ini ieta dapat menonjolkan minat dan bakat diri dia untuk terus mencipta satu cita-cita yang baik untuk dirinya nanti.

Jika dilihat budak-budak kat luar sana terlalu gairah bercerita pasal hero-hero pujaan seperti Superman, Badman, Ultromen dll tapi bagi Puteraku Amirul yang baru nak masuk 4 tahun tidak pernah berhenti bercerita mengenai pembinaan. Apa yang dia tak akan berhenti bercerita adalah mengenai, Backhoe, Crane, Traktor, Lori, Mesin Simen, Lori Simen dan apa juga yang berkaitan dengan Mesin Pembinaan. Setiap cerita, lukisan, pandangan semuanya ke arah tu semenjak umurnya 2 tahun. Kadang-kadang letih dibuatnya, tapi ieta tetap beri sepenuh sokongan ieta pada minat dia.

Jadi jika anak-anak anda mempunyai minat yang pelik dan lain dari budak-budak seusianya, teruskanlah sokongan kita jika ia baik untuk masa depannya nanti. Mungkin boleh mendorong untuk dia kuat berusaha untuk mencapai minatnya. seperti yang ieta selalu cakapkan pada Amirul. " Jika Amirul nak miliki backhoe, crane, lori simen atau apa pon Amirul kena rajin belajar, kumpul duit banyak-banyak baru boleh beli semua tu" . Kita beri sokongan dan kata-kata yang dia boleh paham, dan jangan sesekali bagi pandangan yang susah dipahami dan menakutkan anak anda, mungkin minatnya akan beralih pada yang lain. Cubalah perhati apa anak anda minat! sokonglah dia....


Jumaat, 30 Julai 2010

INTERESTING BLOG AWARD




Ucap terima kasih dan link kat insan yang tag kat kita:

Terima kasih buat kakak Blogger ku sayang, Kak Sweetie yang semanis namanya yang sudi memberi award ni untuk adik Blogger mu Ieta. Terasa nak nagis dapat award ini. Ieta ucapkan terima kasih yang tak terhingga dan diharap hubungan kita akan berpanjanggan.... Amin.

Tag 15 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika:

Ieta tak berapa ada member tapi ieta Tag award pada mereka-mereka ini. Jadi diharap sudi-sudikan ambil award anda ya (maaf tak sampai 15 orang)..

telor
ataicha
mialianas
MaMaLieYna
FifaMusz
conteng conteng
ninanurziana
1D Boyz
LoMpat TiKaM
Ibu Wawa


Bagitau insan-insan yang bertuah ni menerusi chatbox dorang:

InsyaAllah ieta akan Hello Hello pada koorang, Ieta akan datang ziarah selalu.......

Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri:

1) Ieta seorangIbu Tunggal yang punya seorang putera, Amirul Fitri namanye.

2) Susah nak menangis, orang kata "Keras Hati" tapi kalau tengok cerita hindustan nagis bagi nak rak..... Hi3

3) Suka tengok Blog Resepi Masakan dan Blog Jahitan

4) Suka pakai baju kurung kalau pegi kerja. Selesa dari pakai seluar, Hi3

5) Suka tersenyum (senyum itu sedekah)

6) Suka jalan-jalan. Kalau ada wang semua jadi yer. Takder, duduk kat umah jer la tengok TV.

7) Paling suka balik kampung. Pantang ada cuti... Sabtu & Ahad jangan harap nak ajak jalan sebab habis keje hari Jumaat mesti dah hilang balik kampung. Hi3 rindu anak.....

OK! 4 soalan telah selesai dijawab dengan jayanya. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dari 7 perkara tentang diri Ieta ini, sahabat-sahabat semua lebih mengenali diri Ieta. So kita sambung berblogging ya…

Hang Nak P Mana Tu?


Aku nAK P maI, P MAi, TaG tU.......

Jumaat, 23 Julai 2010

Puding Karamel



Bahan-bahan

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Azizi Ali, Penceramah JUTAWAN.



Hari ni ieta nak berkongsi sedikit cerita mengenai buku yang ditulis oleh AZIZI ALI yang dikenali sebagai Penceramah Jutawan. Salah satu buku hebatnya berjudul "Jutawan Dari Planet Jupiter!".

Buku ni ieta dapat dari adik lelaki ieta "Mokhtar" yang datang ziarah ke rumah malam kemarin. Sebenarnya dia ada bawa 2 buku, Jutawan Dari Planet Jupiter dan juga Mencari Maut untuk suruh kakak dia ni baca, tapi ieta masih tak berkesempatan nak baca keseluruhan buku ni.


Planet Jupiter

Apa yang ieta pasti, didalam buku ini banyak menceritakan tentang kehidupan kewangan masyarakat Malaysia dan bagaimana anda boleh mengunakkan wang dengan bijak! Bagi sesiapa yang nak lebih bijak mengendalikan kewangan apa kata miliki buku ni atau buku-buku lain AZIZI ALI, anda akan berminat untuk membacanya....

Apa kata kita sama-sama cungkil ilmu untuk uruskan kewangan hidup kita dari dia.

Selamat Membaca!


Khamis, 22 Julai 2010

AYAM LADA HITAM


BAHAN-BAHAN:

2 kg ayam (potong kecil)

3 ulas bawang putih (cincang halus)

5 ulas bawang merah (cincang halus)

100 gm halia (cincang halus)

50 gm lada hitam

1 sudu kecil minyak bijan

10 tangkai cili merah

5 biji tomato (potong halus)

50 gm daun bawang (potong kecil)

50 gm minyak masak

3 sudu kecil sos tiram

Sedikit garam dan gula


CARA MENYEDIAKAN:

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia

sehingga kuning keemasan.

2) Kemudian ma­suk­kan lada hitam, sos tiram dan ayam.

3) Kacau sekali-sekala sehingga ayam masak. Setelah itu, barulah masukkan

to­ma­to bersama cili merah, daun ba­wang, garam dan gula.

4) Kacau se­ke­tika barulah angkat dan hidang

Ahad, 18 Julai 2010

Assalammualaikum!

Salam semua, lama tak ON blog ni. bukan apa, sibuk dan dah tukar kerja baru. Sekarang dah start keje baru.... baru je 2 minggu lepas. Syarikat Setiausaha dan Akaun. Tempat kerja baru suasanapon mestilah baru kan!

Semua pekerja kat opis, perempuan belaka. Ada ayu, linda, efa, arien dan akulah (ieta).... walaupun aku bukan ketua tapi aku yang paling tua dikalangan diorang. hi3....
Apa yang aku boleh ceritakan tempat baru...... eeemmmmm banyak kerja! dan ada peratukan. Yelah kat tempat lama kerja cara sempoi je "lebih santai". Tapi aku suka banyak kerja... masa berlalu cepat betul.... cepat makan t/hari... cepat balik... kadang2 buat kerja sampai tak sedar hari dah nak balik. hi3

Walaupun ieta dah keje tempat baru... tapi teman2 kat tempat keje lama, ieta selalu rindukan ko orang. Bilalah nak jumpa? aisah, faizul, faizal, ijan, idie, abg hamdan, en azhar dan semualah. rindunya.......

Clik Sini Jika Suka MamaIeta