Pengikut

Khamis, 31 Mac 2011

Patutkah kita sambut April Fool?

*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*


Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.


Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.


Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

 
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.


Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

 
Petikan drpd Risalah Fikrah

Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu

.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .

7 Gangster Wanita Paling Popular Di Dunia.

1.Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang).

Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia dijuluki "family matriarch" yang mengubah Melbourne menjadi Dodge City.

 

2.Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang).



Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.




3.Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang).

Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "GodMother" Mexico.Pak ciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat julukan "Ratu Pasifik kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyelundupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.Sandra sendiri dipenjara ketika menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.




4.Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang).


 
Wanita ini menjadi gangster kerana rasa sedih akibat saudaranya ditangkap pihak polis Itali. Dia kemudian meneruskan bisnes milik saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), yaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.





5.Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang).



Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka.Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga Licciardi adalah pelacuran di Camorra.Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis kode peraturan yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran.





6.Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang).



Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan obat bius yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia menjalankan bisnesnya untuk memberikan pendidikan bagi anak-anaknya.





7.Griselda Blanco (status tidak diketahui sampai sekarang).



Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat dia tinggal dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia menembak anak itu.Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulai kariernya dalam penyelundupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk menghindari tuduhan mahkamah.



Di sanalah dia meletakkan dasar bagi Miami untuk menjadi ibukota kokain di Amerika Syarikat.Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama kariernya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara. Ketika dia dibebaskan pada tahun 2004, dia dideportasi kembali ke colombia dan tidak pernah dilihat sejak itu.

Rabu, 30 Mac 2011

Apakah Permainan Tradisional Kegemaran Anda?

Koorang rasa permainan tradisional apa yang koorang suka sangat main waktu kecil-kecil dulu? 

Kat bawah ni adalah sebahagian permainan tradisional yang selalu aku lakukan waktu kecil-kecil dulu.

 
Tuju Selipar




 


  



Congkak
 

 






Tuju Tin
















Dam



Galah Panjang


Sorok-sorok
 

Tudung Botol


Tang-Tang


Kalau nak ikutkan banyak lagi Permainan yang selalu aku lakukan waktu comel-comel dulu, tapi rasanya cukup lah ni.....







Selasa, 29 Mac 2011

Amy Search Jadi Pengetua, Paknil Kembali

cWalaupun Cerita ni dah ramai yang tahu, tapi MamaIeta nak jugak berkongsi serba sedikit mengenai cerita yang boleh membuatkan Mamaieta  bangga dengan orang Malaysia dan jugak pihak Astro khususnya.


Mula-mula dulu kita dikejutkan dengan bakal Pengetua AF9 "Ahmad Dhani". Setelah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, dengar ceritanya Astro telah membatalkan hasrat untuk menggunakan artis seberang tersebut untuk dijadikan Pengetua AF9. Disebabkan terlalu banyak tentangan dari pelbagai pihak berkitan isu tersebut dan mungkin juga pihak Astro menyedari yang masih ramai lagi artis-artis Malaysia yang berkaliber untuk dilantik menjadi pengetua AF9. Tahniah kepada Astro kerana berani membuat satu keputusan yang memuaskan hati ramai pihak.






Tak lama lagi kita akan diketahui siapakah yang bakal menjadi Pengetua AF9 dan juga pengacara AF9. Tapi daripada apa yang MamaIeta dengar, khabarnya Amy Search bakal dilantik menjadi pengetua AF9 dengan Paknil akan kembali menjadi pengacara setelah berehat beberapa musim. Nampaknya AF9 yang merupakan AF terakhir memang akan jadi gempak gila kalau 2 berita ini betul-betul menjadi kenyataan.  Sumber: Beautiful Nara

Isnin, 28 Mac 2011

Penah Makan Cendawan Ni?



Disini MamaIeta nak berkongsi serba-sedikit mengenai Cendawan Tahun @ sesetengah sesetengah orang mengelarkannya Cendawan Bukit.

Mungkin ramai yang tak pernah makan atau tak bernah tahu pon mengenai jenis cendawan ni. Mak kata cendawan jenis ni hanya tumbuh setahun sekali, terutamanya pada musim hujan. Mungkin jugak info tu betul.... memang susah nak jumpa cendawan ni tiap-tiap bulan, kalau dijual pon harganya memang mahal. Bagi sapa-sapa yang ada sakit urat Mamaieta tak galakan makan cendawan ni.... bukan apa takut makin sakit.



Cendawan ini tumbuh berkelompok, tak pada semua tempat hanya tempat2 yang tertentu je. Tapi hati-hati! jika megutip cendawan ini takut telah dicarun. Bahaya! jika dimakan.



Cendaran Tahun ni sedap jika dimasak air. eeemmmm yuumm yuumm menyelerakan. Tambah pulak dengan lada hitam yang ditumbuk halus dan hirisan lada api. Membuka selera...

Cucu Hantu!!!


Mamaieta tahu semua orang dah baca mengenai tajuk utama Harian Metro hari ni kan? mana taknya terpampang besar tajuknya. KESIAN.....
Tak berhati berut betul orang yang sanggup buat perkara tersebut, orang luar yang dibela  bagai keluarga sendiri tergamak nak menipu datuk tua yang hanya bergantung hidup dengan duit pencen yang ada. Bekerja berpuluh-puluh tahun... last2 ditipu pulak.

Bagi sapa-sapa yang mengenali orang tersebut "dikenali sebagai GEMUK", sama-sama lah kita melaporkan perkara tersebut kepada polis atau ketalian tel yang telah di berikan.

“Kami masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Gemuk menghubungi talian 07-2212999 atau 07-2254422”  - Sumber, Berita Harian


Sabtu, 26 Mac 2011

Berat Hati kalau...........

Terasa berat hati aku ni nak tinggalkan adik aku sorang2 kat Kuala Lumpur ni. Aku nak balik Pahang jaga anak ku, tak tahan nak balik setiap minggu. Poket boleh kosong kalau berterusan macam ni.

Apa pendapat koorang? Bagi member-member semua yang ada cadangan yang bernas bolehlah bagi tahu aku......... tq

Good Morning Love


 Good Morning Love........ buat semua friends Blogger, Twitter n Facebook. Tiba-tiba MamaIeta teringat nak see hello dengan you all semua this morning. MamaIeta mendoakan you all happy and bahagia selalu.

Jumaat, 25 Mac 2011

Kemasukan kesan radioaktif ke Malaysia.


GAMBAR di petik dari klip video menunjukkan asap tebal
keluar dari loji nuklear Fukushima 1 selepas meletup
kesan daripada gempa bumi kuat yang melanda Fukushima
di Jepun
 Pemantauan ke atas penumpang dan anak kapal yang menaiki 46 penerbangan dari Jepun mendapati tiada kadar dedahan radiaoktif melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, saringan ke atas kumpulan tersebut di lapangan terbang antarabangsa utama negara ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan meningkatkan keyakinan orang awam.


Ongkili berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh kementerian daripada dua badan antarabangsa iaitu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), situasi kemalangan nuklear di Jepun baru-baru ini tidak memberikan kesan kesihatan kepada individu di Malaysia pada masa ini.

Namun, katanya, kerajaan masih memantau kemalangan nuklear di Jepun menerusi pelbagai agensi iaitu Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.
- Sumber: UMO

Apa Pendapat Koorang???

Kerajaan teliti cadangan keluarkan KWSP untuk rawatan kesuburan

Kementerian Kesihatan meneliti kemungkinan menyarankan kepada kerajaan supaya membenarkan pasangan suami isteri mengeluarkan wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rawatan kesuburan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata ini berikutan kos rawatan seperti "in-vitro fertilisation" (IVF) amat tinggi iaitu mencecah RM5,000 setiap rawatan yang mempunyai ratio kehamilan antara 30 dan 40 peratus. -Sumber BHO

Khamis, 24 Mac 2011

M. Nasir dapat DATUK

 
TAHNIAH...Penyanyi terkenal Datuk Mohd Nasir Mohamed yang lebih dikenali M Nasir beramah mesra dengan komposer terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh (kanan) selepas menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, hari ini. - Sumber : Berita Harian Online
 
MamaIeta rasa memang dua orang yang sangat berpengaruh dalam dunia seni ini patut mendapat Darjah Kebesaran ini memandangkan mereka sudah banyak membawa perubahan yang baik dalam industri Seni Hiburan di negara kita Malaysia. Betul tak apa kata MamaIeta ni?

Chong Wei tunggu Misbun pulang

Datuk Lee Chong Wei masih menaruh harapan kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek untuk kembali membimbingnya, meskipun hampir empat bulan meletak jawatan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Chong Wei, yang baru dinobatkan juara All-England, berkata beliau memerlukan bantuan Misbun bagi menghadapi cabaran membawa pulang pingat emas pertama negara dari Sukan Olimpik London tahun depan.

"Saya harap Misbun akan kembali. Sukan Olimpik semakin dekat dan kehadiran
Misbun amat penting untuk membantu saya,"
katanya kepada pemberita selepas
mengumumkan majlis amal 'Hope & Smile' bagi mengumpul derma bagi mangsa gempa
bumi dan tsunami di Jepun, di sini, hari ini.

Sumber :  Berita Harian Online

Selasa, 22 Mac 2011

Ceramah Barah Payu Dara - PITI

Hari ni MamaIeta dapat jemputan dari PITI untuk menghadiri Ceramah Barah Payu Dara dan Pendaftaran Keahlian Baru PITI.

Masa :                  02hb April 2011 (10.00 pagi - 1.00 ptg)
Lokasi :                Tingkat 1, Pusat Komuniti Gombak, PPR Gombak, Gombak Setia, 53100 Kuala Lumpur.
Created By:          Pertubuhan Ibu Tunggal Islam
More Info :           Ceramah ini dijalankan oleh seorang doktor pakar dan terdapat juga aktivit-aktiviti yang menarik. Pendaftaran ahli baru juga dibuka pada hari tersebut.


Dah lama MamaIeta tunggu. Harap-harap dapatlah MamaIeta masa untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah datang memeriahkan lagi program ini.

Isnin, 21 Mac 2011

Kesihatan Bayi BAB 1

Terasa pulak MamaIeta nak berkongsi serba-sedikit mengenai info kesihatan bayi dengan kawan-kawan semua........

Pasti semua orang di dunia ini suka bila diceritakan pasal bayi. Kita juga pernah menjadi bayi kan? tapi bagaimana nak mejaganya supaya bayi tersebut membesar mejadi kanak-kanak yang sihat dan cergas sempurna?

OK! dalam BAB 1 ni mama ieta nak memberi tip-tip penjagaan bayi seawal kelahirannya. MamaIeta ni bukanlah pakar perubatan ataupun doktor tapi hanya sekadar pengalaman dan sumber-sumber yang Mamieta dapat dari membaca.



BAB 1
PERKEMBANGAN BAYI

Rencana-rencana di sini boleh membantu anda memahami perkembangan bayi anda, dan keperluannya pada peringkat-peringkat yang berbeza dalam tahun pertamanya.

 

Tangan dan kaki masih melengkuk

Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda. Jika kakinya kelihatan melengkung bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian proses meregang dan akan membetul dengan sendirinya apabila dia berusia lima atau enam bulan.

Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat mengangkat kepalanya untuk seketika apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi. Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi lebih matang. Namun begitu, refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyahkan tangannya, masih dominan.

Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan -- dibalut selamat dalam selimutnya.

Dikuasai oleh kelaparannya

Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir, dan tidur adalah yang kedua penting. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam. Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan kali. Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap. Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk beberapa bulan lagi.

Menangis bentuk komunikasi utama

Kini, bayi anda belum lagi menunjukkan sebarang personaliti -- atau apa yang kita boleh kenali sebagai personaliti. Tetapi dia giat mengekspresikan dirinya dengan cara yang paling diketahuinya: menangis. Dia menghabiskan masanya dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan berjaga aktif.

Sesudah melalui trauma kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran pelbagai rangsangan. Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang apabila anda bercakap dengannya dengan suara lembut dan apabila anda menegakkan badannya. Dia mungkin juga mengeluarkan bunyi "ah" apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda. Kebanyakan bayi suka dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda.

Dia hanya melihat wajah anda

Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini, selain dari objek yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam dan putih, dan mainan gantungan dikenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih kurang 12 inci/30 sentimeter. Dalam erti kata lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas, tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu. Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan bercakaplah dengannya.

Pembelajaran bermula dengan serta-merta

Anda mungkin memerhatikan ada masa tertentu di mana bayi anda yang baru lahir itu senyap dan berjaga. Ini adalah masa yang prima untuk pembelajaran. Gunakan masa-masa ini untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda. Tetapi, jika anda cuba berinteraksi dengannya dan dia tidak begitu responsif, dia mungkin terlalu mengantuk atau telah berganjak masuk ke alam berjaga aktifnya.

Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif -- dan ada kalanya dia mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit masa untuk meniru ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon dengan serta merta, atau mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu sebab dia pasti memerhatikan anda.

Bermain dengan bayi baru lahir anda

Mainan gantungan yang mempunyai pola berkontras tinggi dan buku-buku bergambar yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi anda. Tapi, awasilah reaksi bayi anda terhadap rangsangan dan interaksi. Walaupun memang baik bagi anda membantu dia mempelajari tentang dunianya, setengah bayi hanya boleh menmanfaatkan interaksi untuk masa yang pendek sahaja, atau rangsangan terhadap satu deria sahaja pada sesuatu masa. Bayi anda akan menunjukkan yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih pandangannya, melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga akan memberitahu anda apa yang disukainya, dan percayalah, anda akan memahami isyarat-isyaratnya dalam sedikit masa sahaja.

Bayi kagum akan refleksi mereka sendiri. Anda boleh menghiburkannya dengan meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk dia bertatapan. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa-masa tertentu. Gim mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat, barang yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih kemahiran mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat mengurangkan kebosanan berbaring. Pada bulan-bulan pertama, dia belum lagi boleh mengerakkan tangannya secara sedar untuk mencapai objek tertentu – pergerakan seperti ini datangnya kemudian, pada usia empat atau lima bulan.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian fizikalnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan bimbang, kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.

Sabtu, 5 Mac 2011

Dia dah pandai berdikari.

Amirul &Aie ambil nenas tepi rumah.

Post dulu .......

Amirul korek ubi kayu.

Besar kan?

Selasa, 1 Mac 2011

Aku Rindu Suara Aku..........

Start hari Selasa lepas aku dah dapat satu penyakit yang membuatkan aku sakit sampai sekarang. Aduh!!!!! tak tahan. Semua orang tahukan minggu lepas cuaca negara kita memang HOT gila..... nasib aku tak baik... apa lagi kena bengkak tonser tekak.

Hari Khamis sampai Ahad aku cuti.....  balik kampunglah! Walaupun cuti tapi badan tak berapa sihat, kena batuk, selesema dan bengkak tonser. Ubat dah aku telah tapi sakitnya sampai lah ke hari ni, macam mana ni..... budak opis pon dah rindu suara aku yang dulu.... hehheheheheh ME 2. Suara aku......

Aku tahu koorang mesti penah rasa apa yang aku rasa sekarang? apa koorang buat ye? ada apa2 petua tak yang aku boleh guna untuk penyakit aku ni?

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter