Pengikut

Khamis, 24 Mac 2011

Chong Wei tunggu Misbun pulang

Datuk Lee Chong Wei masih menaruh harapan kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek untuk kembali membimbingnya, meskipun hampir empat bulan meletak jawatan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Chong Wei, yang baru dinobatkan juara All-England, berkata beliau memerlukan bantuan Misbun bagi menghadapi cabaran membawa pulang pingat emas pertama negara dari Sukan Olimpik London tahun depan.

"Saya harap Misbun akan kembali. Sukan Olimpik semakin dekat dan kehadiran
Misbun amat penting untuk membantu saya,"
katanya kepada pemberita selepas
mengumumkan majlis amal 'Hope & Smile' bagi mengumpul derma bagi mangsa gempa
bumi dan tsunami di Jepun, di sini, hari ini.

Sumber :  Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter