Pengikut

Jumaat, 25 Mac 2011

Kemasukan kesan radioaktif ke Malaysia.


GAMBAR di petik dari klip video menunjukkan asap tebal
keluar dari loji nuklear Fukushima 1 selepas meletup
kesan daripada gempa bumi kuat yang melanda Fukushima
di Jepun
 Pemantauan ke atas penumpang dan anak kapal yang menaiki 46 penerbangan dari Jepun mendapati tiada kadar dedahan radiaoktif melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata, saringan ke atas kumpulan tersebut di lapangan terbang antarabangsa utama negara ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan meningkatkan keyakinan orang awam.


Ongkili berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diperoleh kementerian daripada dua badan antarabangsa iaitu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), situasi kemalangan nuklear di Jepun baru-baru ini tidak memberikan kesan kesihatan kepada individu di Malaysia pada masa ini.

Namun, katanya, kerajaan masih memantau kemalangan nuklear di Jepun menerusi pelbagai agensi iaitu Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.
- Sumber: UMO

2 ulasan:

  1. harap asap radioaktif tu tak samapai ke malaysia lah.takut juga.kesannya sangat bahaya.syukur lah negara kita mepunyai taburan hujan yang sekata.

    BalasPadam
  2. Walau macam mana pon kita semua kena tetap berjaga-jaga sebab Malaysia dengan Jepun masih dalam kawasan yang sama.

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta