Pengikut

Selasa, 29 Jun 2010

Pasukan Khas Ditubuhkan Untuk Cari Suspek Buang Bayi

Terlalu banyak cerita Kes Buang Bayi ni... sekarang dah melibatkan pelajar-pelajar sekolah pulak. Bagi pendapat ieta memang patutlah adanya pasukan khas yang memantau kes ni. Ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Tapi apa yang ieta harapkan ia betul-betul diambil serious tentang perkara ini, bukan hanya panas-panas tahi ayam je. Cerita dah sejuk.... takde apa-apa tindakan yang dibuat.

Ni berita yang ieta dapat dari Berita Harian Online

KUALA LUMPUR
: Polis Petaling Jaya menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi lelaki di tepi jalan berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang di sini, semalam.


Sekadar Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata pasukan itu ditugaskan bagi menjejaki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan.

“Sehingga kini, pihak kami masih belum menerima sebarang petunjuk dan maklumat yang boleh membawa kepada penemuan suspek. Kita juga masih menunggu laporan bedah siasat mayat bayi berkenaan dari Hospital Sungai Buloh untuk siasatan selanjutnya,” katanya. Mayat bayi lelaki itu ditemui oleh orang awam dengan keadaan satu daripada tangan bayi berkenaan bercerai daripada badan akibat digigit anjing liar kira-kira 4 petang.


Sekadar Gambar Hiasan

Bayi lelaki yang cukup sifat itu dipercayai berusia sehari dan masih mempunyai tali pusat.

Arjunaidi berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek tinggal di kawasan berhampiran dan beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. – Bernama

3 ulasan:

  1. Salam Ieta,

    Kenapalah diorang tu tergamak buat begitu, baby yang comel dibuang dan mati dlm keadaan menyayat hati.langsung tak der hati dan perasaan.Harap pelakunya dapat dikesan segerakan.

    BalasPadam
  2. kesian baby kena buang.. tak sanggup nak tengok gambarr.. harap kes buang bayi akan semakin berkurangan...

    http://fifamusz.blogspot.com/2010/07/wonder-girls-to-perform-at-mtv-world.html

    BalasPadam
  3. Zaman sekarang banyak betul perubahan yang berlaku. Kalau perubahan yang baik tak pe jugak, yang buruk jugak yang terjadi. takut betul ieta akan masa depan anak cucu kita nanti..

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter