Pengikut

Selasa, 1 Jun 2010

TAKOYAKI ( OCTOPUS DUMPLING BALL )



Tadi jalan-jalan tengok resepi, tiba2 ternampak Kak Naz Rinn buat Takoyaki. Ieta memang suka Takoyaki ni, kalau pegi Jusco memang beli lah! tapi nak buat tak pandai, Ni yang nak kongsi resepi Kak Rinn pada peminat2 Takoyaki kat luar sana. Apa kata kita tengok resepi dia dulu...

Sumber : youtube.com

BAHAN-BAHAN:

1 biji telur
340ml air sejuk berais
1 tsp kicap soya cair
Secubit garam
1/2 tsp granulated DASHI ( Tak ada.... )
100gm tepung gandum (Kalau ada tepung takoyaki lagi ummmpphhh )
150gm octopus, direbus
1/2 cup cebisan tepung goreng tempura (Tak bubuh)
Pickled ginger secukupnya(Tak bubuh)
Pink shrimp secukupnya, digoreng tanpa minyak dan diramas halus
Daun bawang secukupnya, dihiris halus
Hanakatsuo (Dried bonito fish flakes)
Wochestershire Sos Lea & Perrin
Mayonnaise

CARA-CARA:

1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga kembang.
2. Tuangkan air sejuk, dashi, kicap soya cair, dan garam. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung yg telah diayak terlebih dahulu dan kacau sebati.
4. Panaskan Tako Maker. Sapu minyak masak.
5. Tuang adunan hingga penuh. Melimpah pun tak mengapa.
6. Isikan tako, cebisan tepung goreng tepung tempura, pickled ginger, dried pink shrimp dan daun bawang.
7. Tuangkan sedikit lagi adunan untuk menutup semuanya.
8. Kikis lebihan2 adunan dan masukkan ke dalam adunan dalam lubang-lubang tako maker.
9. Terbalikkan tako menggunakan lidi sate atau tooth pick.
10. Terbalikkan beberapa kali sehingga bahagian luar takoyaki garing dan dalamnya masak.
11. Angkat dan taburkan fish flake, renjiskan Wochestershire sos dan drizzle dengan mayonnaise.
12. Masa nak makan, cicahlah dengan kicap cair..kalu suka laaa.

4 ulasan:

  1. macam sedap je..tapi saya tak pandai masak lah..haha

    jenguk2 lah blog saya k;)
    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Nak sebut pun susah nih...Takoyaki ni memang pure resepi Jepun ker Ieta.

    BalasPadam
  3. Takoyaki ni memang makanan jepun. Tapi kalau nak cuba makan boleh lah pegi di restoran jepun atau di jusco. Ieta mula-mula dulu memang tak berapa reti makan. tapi lama-lama sedap pulak. heheheheh

    BalasPadam
  4. takoyaki paling feymes ialah takoyaki osaka.. (nota kaki)

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta