Pengikut

Selasa, 1 Jun 2010

Udang Mentega



Bahan A

12 ekor udang sederhana besar
1 cawan tepung rangup
½ cawan air

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan udang dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Gaulkan bersama tepung rangup serta sedikit air dan goreng sehingga masak. Ketepikan.


Bahan B

3 biji telur
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
8 tangkai cili padi - hiris halus
Sedikit daun kari
1 cawan mentega
Sedikit gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tuangkan telur sedikit demi sedikit diikuti dengan bunga kantan, cili padi, daun kari dan sedikit gula sehingga garing.

2. Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Tutup api angkat dan hidangkan.

1 ulasan:

  1. Nampak udangnya crispy dan sedap. Memang favorite Kak sweetie ni.

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta