Pengikut

Jumaat, 14 Mei 2010

Ayam Kicap Bersantan

Ayam Kicap Bersantan

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam

1 batang daun selasih

1 sudu kecil serbuk lada hitam

3 sudu besar kicap masin

1 cawan santan

Sedikit rempah empat sekawan

Minyak masak

Garam

BAHAN MAYANG:

3 cm halia

3 tangkai cili hijau

1 tangkai cili merah

15 tangkai cili padi

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

CARA MENYEDIAKAN:

1. Ayam dibersihkan, kemudian gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Pijarkan minyak dan goreng sehingga masak. Angkat dan tuskan.

2. Selepas itu, tumiskan bahan mayang dengan rempah empat sekawan sehingga wangi. Angkat sebahagian tumisan ini dan ketepikan.

3. Kemudian tuangkan kicap dan masukkan santan, serbuk lada hitam dan batang daun selasih. Masak sehingga pekat. Tuangkan kuah di atas ayam yang telah digoreng tadi bersama dengan sebahagian rempah tumis yang telah di­asingkan tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter