
Hari ni aku dapat satu email dari Ben Ashaari, dia mohon kebenaran untuk mempromosikan blog aku dalam blog dia untuk dijelajah oleh pembaca-pemcara yang lain. Aku apa lagi OK je.....
"seperti orang megantuk disorongkan bantal" hehehehhehe........ Mungkin dengan cara ni lebih meramaikan lagi kunjungan pembaca-pembaca di luar sana ke blog aku dan ia juga menguatkan semangat aku untuk mencari info-info yang berguna untuk dimuatkan ke dalam blog ini supaya ianya dapat memberi ilmu dan manfaat kepada yang berkunjung.

OK! apa-apa pon aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ben Ashaari kerana sudi untuk mempromosikan blog ini ke dalam blog nya. Terima Kasih banyak-banyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan