Pengikut

Rabu, 19 Mei 2010

Terung Goreng



BAHAN-BAHAN:

4 biji terung ungu panjang (belah tengah tapi jangan putus)

1/2 sudu kecil garam halus

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 1/2 sudu besar air sejuk

(Semua bahan di atas digaul rata)

1 1/2 cawan minyak masak


BAHAN-BAHAN TUMBUK:

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm halia

2 sudu besar cili kisar

1/4 cawan air asam jawa

1 cm belacan

1 1/2 sudu besar gula merah

Garam secukup rasa

80 gm ikan bilis kecil

CARA MENYEDIAKAN:

1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung hingga lembut. Angkat

dan ketepikan.

2.Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing,

ketepikan.

3.Keluarkan minyak dan tinggalkan tiga sudu besar, tumis bahan-bahan tumbuk

hingga naik bau.

4.Masukkan pula cili kisar, air asam jawa dan belacan, goreng hingga pecah minyak.

Akhir sekali masukkan pula gula merah dan garam secukup rasa.

5.Kacau dan padamkan api. Bubuh terung dalam pinggan, curahkan sambal di atas

terung dan taburkan ikan bilis goreng.

2 ulasan:

  1. Salam,

    Wah ieta makan tak pandang kiri kanan tu..kak sweetie nak cuba jugalah resepi ni.

    BalasPadam
  2. Sekali imbas dah macam hot dog pun ada. Hehe. Terung rupanya.

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta