Pengikut

Jumaat, 14 Mei 2010

Sos Telur Berbatik

Sos Telur Berbatik

BAHAN A:

4 biji telur

4 helai bunga telang

Minyak masak untuk menumis

BAHAN SOS:

3 ulas bawang putih

5 tangkai cili padi

7 tangkai cili merah

3 sudu besar gula

1/2 cawan sos tomato

3 tangkai daun kemangi

1 helai daun limau purut (mayang)

Sedikit halia

Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebus telur dengan bunga telang. Setelah telur masak, ketuk-ketukkan telur itu agar kulit telur kelihatan retak. Rebus lagi seketika.

2. Untuk sosnya, kisarkan bawang putih, halia, cili padi dan cili merah. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi.

3. Masukkan sos tomato, daun kemangi dan daun limau purut. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga pekat.


Bunga Telang


1 ulasan:

  1. Salam kenal ieta,

    Kat mana nak dapat bunga telang tu..kat pasar mlm ada jual ker?

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta