Pengikut

Jumaat, 14 Mei 2010

Sup Kue Tiaw

Sup Kue Tiaw

BAHAN SUP:

500 gm tulang ayam

100 gm ikan bilis

1 kiub pati ayam

2 sudu besar garam

2 sudu besar gula

2 liter air

BAHAN KUE TIAW:

200 gm kue tiaw

20 gm ayam (hiris)

1 sudu besar bawang goreng

3 tangkai daun bawang

2 tangkai cili merah

2 sudu besar hirisan cendawan

BAHAN KICAP:

100 gm cendawan hitam (rendam)

2 sudu besar minyak masak

2 ulas bawang putih (cincang)

250 ml air

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap masin

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu kecil bijan

2 sudu besar gula

CARA MENYEDIAKAN:

1. Renehkan kesemua bahan sup.

2. Untuk kicapnya, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan cendawan hitam, kemudian air, sos tiram, kicap masin, kicap pekat, bijan dan gula. Renehkan sehingga pekat.

4. Setelah masak kesemuanya, sediakan bahan kue tiaw. Hidangkan kue tiaw dengan hirisan ayam, daun bawang, cili merah dan cendawan.

2 ulasan:

  1. salam petang mama ieta..

    wow..sedapnya sop nie,

    ayu nak cubalah...ada lebihan mee teow..tq for sharing

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter