Pengikut

Selasa, 11 Mei 2010

Sambal Sotong Kering


"Senang dan ringkas"

"Selamat mencuba"




Bahan-bahan

  1. 600 gm sotong kering
  2. 1 biji bawang besar (dihiris kasar)
  3. 6 ulas bawang merah
  4. 20 tangkai cili kering
  5. Sedikit belacan
  6. Sedikit air asam
  7. Garam, minyak masak dan gula pasir

Cara membuatnya:

  1. Kisar bawang merah, cili kering dan belacan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar dan dikacau seketika.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa. Apabila mendidih, masukkan sotong, garam dan gula pasir. Masak hingga pekat.

1 ulasan:

  1. best2x..kita ada sotong kering kt umah tu! leh try buat! ^_^

    thanks.. ^_^

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta