Pengikut

Selasa, 11 Mei 2010

Udang Goreng Madu


Bahan-bahan:
  • 400 gm udang besar
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan madu (bancuh dengan 2 sudu makan air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon /limau kasturi/ limau nipis
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
Cara penyediaan:

  • Gaul udang bersama serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Perap selama 10 minit. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
  • Kisar bawang besar bersama cili merah dan bawang putih.
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing.
  • Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit
  • Masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul hingga mesra. Tutupkan api.
  • Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Clik Sini Jika Suka MamaIeta