Pengikut

Selasa, 11 Mei 2010

Gulai Daging



Resepi dari :
Resepi









Bahan:
  • 500g daging dipotong ketul-ketul (kambing atau lembu)
  • 400g kentang -dikupas dan dipotong 4-6
  • 1 biji bawang besar di hiris halus
  • 5 kuntum bunga cengkeh
  • 4 biji buah pelaga
  • 3cm kayu manis
  • 3 cawan air
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya
  • 1 sudu besar kelapa parut di sangar hingga garing dan dikisar halus
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh rata serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh penuh serbuk kunyit

Bahan-bahan dikisar:

  • 12-14 tangkai lada kering di rendam sehingga lembut
  • 1.5sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sm lengkuas

Cara membuat:

  1. Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah mangkuk :~ daging, bahan-bahan yang dikisar, serbuk rempah dan kelapa parut yang disangar.

  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang yang dihiris, cengkeh, pelaga dan kayu manis. Tumis hingga bangkit baunya.

  3. Kemudian, masukkan daging yang sudah bercampur bahan kisar, ditumis selama beberapa minit lagi hingga wangi.

  4. Tuangkan air and renih dengan api kecil hingga daging empuk. Tuangkan santan pekat dan kacau, masak anggaran 2-3 minit sebelum memasukkan kentangnya. Masak sehingga kentang empuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Clik Sini Jika Suka MamaIeta