Pengikut

Sabtu, 31 Julai 2010

Apa Minat Anak Anda?

Assalammualaikum semua!

Hari ni terasa rindu pulak pada Puteraku Amirul. Ops! apa kaitannya Amirul dengan Bob The Builder ni? Banyak kaitannya....


Ieta tahu, cerita kartun Bob The Builder ni adalah salah satu cerita kesukaan anak-anak kita di rumah terutamanya bagi budak-budak lelaki, tak terkecuali Puteraku Amirul. Dia terlalu obses pada cerita ni. Oleh sebab dia terlalu suka apa juga yang berkaitan dengan pembinaan ieta selalu bagi sokongan pada dia, sebab ieta tahu dengan cara ini ieta dapat menonjolkan minat dan bakat diri dia untuk terus mencipta satu cita-cita yang baik untuk dirinya nanti.

Jika dilihat budak-budak kat luar sana terlalu gairah bercerita pasal hero-hero pujaan seperti Superman, Badman, Ultromen dll tapi bagi Puteraku Amirul yang baru nak masuk 4 tahun tidak pernah berhenti bercerita mengenai pembinaan. Apa yang dia tak akan berhenti bercerita adalah mengenai, Backhoe, Crane, Traktor, Lori, Mesin Simen, Lori Simen dan apa juga yang berkaitan dengan Mesin Pembinaan. Setiap cerita, lukisan, pandangan semuanya ke arah tu semenjak umurnya 2 tahun. Kadang-kadang letih dibuatnya, tapi ieta tetap beri sepenuh sokongan ieta pada minat dia.

Jadi jika anak-anak anda mempunyai minat yang pelik dan lain dari budak-budak seusianya, teruskanlah sokongan kita jika ia baik untuk masa depannya nanti. Mungkin boleh mendorong untuk dia kuat berusaha untuk mencapai minatnya. seperti yang ieta selalu cakapkan pada Amirul. " Jika Amirul nak miliki backhoe, crane, lori simen atau apa pon Amirul kena rajin belajar, kumpul duit banyak-banyak baru boleh beli semua tu" . Kita beri sokongan dan kata-kata yang dia boleh paham, dan jangan sesekali bagi pandangan yang susah dipahami dan menakutkan anak anda, mungkin minatnya akan beralih pada yang lain. Cubalah perhati apa anak anda minat! sokonglah dia....


1 ulasan:

  1. Salam Ieta,

    Betul tu, yg penting kita sokong minat anak-anak kita tu, asalkan perkara yang diminatinya tu baik, selamat dan tak menyalahi.

    Bagi budak yang yg berumur 4 tahun dgn permainan yang begitu membentuk minda yg aktif dan cergas.

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta