Pengikut

Jumaat, 21 Mei 2010

Ketam Lemak Aroma



BAHAN-BAHAN:


3 ekor ketam

3 batang serai (ketuk)

1 kuntum bunga kantan

2 helai daun kunyit

3 keping asam gelugur

2 cawan santan

Garam

1 cawan air

BAHAN KISAR:

2 cm kunyit hidup

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 ulas cili merah

4 tangkai cili padi

1 cm halia

CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan air kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga mendidih.

2. Masukkan serai, bunga kantan, daun kunyit dan asam gelugur serta ketam.

3. Kemudian masukan santan dan perlahankan api.

4. Bubuh garam secukup rasa.

2 ulasan:

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter