Pengikut

Isnin, 3 Mei 2010

Tepung pelita

Resepi dari Yani@MyResepi.Com

Kuih Tepung Pelita ni adalah kuih yang wajib ieta beli sewaktu bulan puasa. Memang susah sekarang kalau nak dapat kalau bukan bulan puasa. Ieta paling suka kalau bekasnya dibuat dari daun pandan. Bauh harumnya menusuk ke jiwa. TQ Yani, sekarang hari2 biasa pon ieta boleh makan kuih kegemaran ieta ni.

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

* 1 cawan tepung beras
* 1 cawan gula
* 5 cawan air
* 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
* 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
* 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
* sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7. Sejukkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter