Pengikut

Isnin, 3 Mei 2010

Sup Ayam Special


Resepi Dari
Tulip77@MyResepi.com

Masakan ayam kegemaran Amirul
"TQ Tulip77"



Bahan-bahan ( 8org
)

* 1 ekor ayam potong 16
* 1 labu bwg merah
* 2 ulas bwg putih
* 1 inci halia
* sebatang kulit kayu manis
* 4 kuntum bunga cengkih
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 iji buah pelaga
* 2 bj kentang
* 1 btg lobak
* 1 mangkuk air panas br masak
* lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
* daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara


1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Selamat Mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter