Pengikut

Khamis, 29 April 2010

Nasi Ayam Kegemaran Amirul



Amirul adalah satu-satunya anak ieta. dialah Hero dalam hidup ieta. Amirul ni suka makan Nasi Ayam, jadi ieta tahu semua budak-budak ni memang suka makan Nasi Ayam. Untuk sesiapa nak cuba resepi yang ieta dapat dari MyResepi. Terima kasih Nadia sebab resepi awak memang sedap. cuba jangan tak cuba tau!!!

Nasi ayam madu

Nadia@myresipi.com
cepat,mudah dan sedap
Bahan-bahan ( 2 orang )
• 2 cawan beras
• 1/4 bawang besar
• 2 sudu mentega
• sehelai daun pandan
• 2 kiub ayam
• madu
• kicap pekat
• 1/2 ekor ayam
• 1 sup bunjut adabi
• sos tiram
• 1/2 sudu serbuk lada putih
• 1/2 inci halia
• 3 ulas bawang putih
• [hiasan]
• daun bawang
• daun sup
• bawang goreng
• daun salad/timun
Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter