Pengikut

Jumaat, 13 Ogos 2010

Berita Terkini Rasidi Ismail

Visual Dinding Punca Pembunuhan

SEREMBAN – Rasidi Ismail, 32, dalam keterangan membela diri atas tuduhan membunuh empat anggota keluarganya mendakwa pembunuhan itu berlaku selepas dia mendapat arahan melalui visual tulisan di dinding.

Visual itu didakwa Rasidi kerap diperolehnya dan ia telah menjadi medium perhubungannya di antara alam hidup dan alam mati.

“Visual itu telah mengarahkan saya membunuh ayah, adik, datuk dan nenek,” katanya.
Demikian pengakuan Rasidi di Mahkamah Tinggi di sini semalam ketika membela diri atas tuduhan membunuh bapanya, Ismail Awang, 76, datuk Atan Daud, 87, nenek Sufiah Katas, 80, dan adiknya Siti Khadijah, 22, di Kampung Batang Rokan, Gemencheh pada 5 Januari lalu.
Rasidi dilihat tenang sepanjang membaca keterangan yang ditulis di atas dua helai kertas.
Rasidi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang memberi keterangan di kandang tertuduh memberitahu, dua tiga hari sebelum pembunuhan itu dia sering mendapat visual tulisan di dinding.
“Visual itu memberitahu tentang kematian ahli-ahli keluarga saya iaitu ayah, emak, abang dan juga adik saya.

“Visual tersebut memaparkan bahawa ayah saya telah diangkat ke langit dan ibu saya terperanjat lalu meninggal dunia manakala abang kedua saya menjadi batu dan adik mati kemalangan jalan raya,” kata Rasidi.

Rasidi mendakwa walaupun ahli keluarganya itu telah mati namun dia masih boleh berhubung dengan mereka melalui perbualan dari hati ke hati.

3 ulasan:

  1. Salam Ieta,

    Rasidi ni ada masalah mental ker?

    BalasPadam
  2. kalau nak dilihat sepanjang ieta kenal dia, dia budak baik dan memang ada sedikit masalah mental.

    BalasPadam
  3. Salam Ieta, saya tumpang gembira dengan berita yang Rasidi ni dibebaskan semalam. His mum must be the happiest person at the time when the decision was given. Saya langsung tak kenal dia tapi banyak yang boleh dipelajari oleh semua orang dari cerita Rasidi. Andai kata dia dapat pengampunan nanti, harap masyarakat tidak akan menyisihkan dia. Semua orang sebagai ahli masyarakat perlu mainkan peranan untuk bantu Rasidi dan semua yang lain seperti dia. Justice for Rasidi!

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter