Pengikut

Selasa, 17 Ogos 2010

2 Hari Ieta Kena Demam Panas

Semua orang mesti pernah demam. Salah satu penyakit wajib yang mesti di rasai oleh setiap manusia. Tapi kalau ada orang yang tak pernah demam tu..tak tau lah pulak kenapa yer..setahu saya firaun zaman nabi Musa jer tak pernah sakit apa2.

Bila demam, pesakit akan rasa badan jadi sejuk, berbeza dengan orang yang merasa badan pesakit, mereka akan rasa suhu badan pesakit meningkat. Menurut artikel yang di tulis oleh Dr. Mohamed Hatta Abu Bakar:

"Semasa demam, ada dua fasa atau keadaan yang boleh dikenalpasti. Keadaan seram sejuk (chill) dikatakan tanda yang menunjukkan suhu tubuh sedang meningkat. Tetapi pada akhir demam, kulit menjadi hangat dan pesakit mulai berpeluh. Keadaan ini disebut krisis (crisis) dan menunjukkan suhu tubuh sedang menurun."

Jadi tidak hairanlah..bila demam pesakit akan memakai baju yang tebal dan berselimut tebal sepanjang hari kerana rasa kesejukkan. Apabila sampai satu tahap pesakit akan mula berpeluh dan rasa demam akan mula berkurangan.

Demam juga mungkin disertai dengan pelbagai simptom lain seperti cirit-birit, pening, sakit kepala, muntah atau terpaksa bernafas dengan cepat. Pesakit yang mengalami demam biasanya kelihatan letih, pucat dan kekeringan air dalam badan.

Untuk melegakan demam pesakit dinasihatkan untuk banyak berehat dan minum air suam sebanyak yang boleh serta makan buah-buahan bagi membantu proses pemulihan. Bagi demam panas yang tinggi pula disarankan agar selalu mengelap badan dengan air sejuk bagi mengurangkan kepanasan. Cara ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya demam atau terlalu tinggi suhu panas itu adalah merupakan percikan-percikan neraka, maka sejukkanlah dengan air”

sumber:

2 ulasan:

  1. semoga cepat sembuh erk mamaieta..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Bagaimana Ieta ari ni telah pulih seperti biasa ker.Take care ya.

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter