Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Telur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Telur. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2010

Telur Malai Masala

Hari ni ieta nak berkong satu resepi dari telur, ieta dapat resepi ni dari Saji Online. Biasalah dah lepas musim sekolah ni banyak sangat telur rebus kat rumah hasil dari kenduri kahwin minggu lepas. Tak tahu nak buat apa (nak buang sayang)... dah selalu buat telur rebus masak sambal kali ni teringin buat resepi lain. Belek punya belek jumpalah resepi ni. Sedap lain dari yang lain... cubalah!

Bahan-bahan:

6 biji telur - rebus
1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil garam masala
2 labu bawang besar
2 cm halia
2 sudu besar minyak sapi
4 tangkai cili hijau
Daun ketumbar - hiris
Garam

Cara Menyediakan:

1. Kisar cili hijau, bawang besar dan halia. Ketepikan.

2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.

3. Masukkan telur dan gaulkan sebati. Masukkan susu dan garam secukupnya. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan hirisan daun ketumbar.

4. Taburkan garam masala. Enak dimakan bersama capati.

Jumaat, 14 Mei 2010

Sos Telur Berbatik

Sos Telur Berbatik

BAHAN A:

4 biji telur

4 helai bunga telang

Minyak masak untuk menumis

BAHAN SOS:

3 ulas bawang putih

5 tangkai cili padi

7 tangkai cili merah

3 sudu besar gula

1/2 cawan sos tomato

3 tangkai daun kemangi

1 helai daun limau purut (mayang)

Sedikit halia

Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Rebus telur dengan bunga telang. Setelah telur masak, ketuk-ketukkan telur itu agar kulit telur kelihatan retak. Rebus lagi seketika.

2. Untuk sosnya, kisarkan bawang putih, halia, cili padi dan cili merah. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi sehingga wangi.

3. Masukkan sos tomato, daun kemangi dan daun limau purut. Tambahkan garam secukup rasa. Masak sehingga pekat.


Bunga Telang


Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter