Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Isnin, 17 Mei 2010

Koleksi Novel Bersambung Kegemaran



Ini lah koleksi novel yang bersambung menjadi kegilaan ku. Walaupun ianya dah lama, tapi tetap kekal di dalam ingatan. Aku tahu bagi pengemar-pengemar novel pasti ada koleksi novel-novel Sharifah Abu Salem ni kan?

Novel "Tak Seindah Mimpi" aku pinjam baca dari novel kakak ku Kak Ana, dia pon pengemar Novel-Novel Cinta. Mula-mula aku baca jalan ceritanya aku tak berapa nak paham, aku ulang baca semula. Akhirnya aku paham jalan ceritanya, memang aku suka. Mengisahkan permulaan hidup Norjinah yang mencari sebuah kehidupan demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah. Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan.

Novel "Tak Semanis Impian" aku beli di kedai buku. Novel ini sambungan dari novel Tak Seindah Mimpi. Ianya mengisahkan kemelut rumah tangga Norjinah dan Razif. Di sebabkan sama-sama banyak memendam rasa dan rahsia, tidak meluahkan rasa cinta yang akhirnya membinasakan keluarga dan timbulnya orang ke tiga iaitu Norseha.

Novel "Tiada Lagi Mimpi" aku beli bersama Novel Tak Semanis Impian. Novel akhir kisah Norjihan dan Razif. Novel ini banyak mengisarkan tentang kegilaan Norseha yang ingin merebut Razif dari Norjinah sehingga merosakkan diri sendiri. Apa kah kesudahannya?

Novel Pertama Yang Ku Baca

Ini lah Novel Cinta yang pertama ieta baca. "Ombak Rindu" hasil nukilan Fauziah Ashari. Ieta terlalu suka dengan jalan ceritanya, ia membawa ieta betul-betul berada dalam watak Izzah. Rasa gembira, sedih, hampa, berharap, marah dan semuanya yang Izzah rasa, dan itu lah juga yang ieta rasa. Dah berulang-ulang ieta membacanya, ieta tak penah jemu dengan jalan ceritanya. Novel ini juga yang membina taman-taman bunga di dalam hati ieta, masih terasa segar dan nyaman.

Ok lah! pada sapa-sapa yang tak pernah membaca Novel Cinta jadikanlah Novel "Ombak Rindu" ini sebagai Novel Pertama dalam diri anda. Pasti anda merasai apa yang ieta rasa. Disini ieta berikan sinopsisnya:-

Sinopsis : OMBAK RINDU

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Selamat membaca!

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter