Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Dairi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dairi. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Jun 2010

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa ieta ucapkan kepada abah ieta "Kamarul Zaman Bin Mat Idris" dan juga kepada bapa-bapa di seluruh dunia. Pengorbanan dan kasihmu akan kami kenang dan balas selagi termampu sebagai seorang anak yang tidak akan pernah melupakan jasa mu pada kami.

Hanya kamu yang memberi sinar dalam hidup kami, memberi inspirasi dalam hidup kami..... kekuatan dan kesungguhan kamu untuk terus membesarkan kami menjadi kekuatan dan semangat serta ilham untuk kami membesarkan keluarga kami nanti. Terima kasih atas pengorbananya mu.




"Ieta sayang abah"

Jumaat, 11 Jun 2010

Kerja Part Time


Kerja Partime!

Aku baru start keje cashier kat TESCO extra ni hujung bulan lepas. Penat jugak!
Mungkin ramai kawan-kawan diluar sana yang tengah buat partime atau penah buat partime. Aku tahu orang-orang yang buat partime ni kebanyakannya nak tambah pendapatan. Tahu-tahulah sekarang keperluan dah melebihi pendapatan, tak mampu untuk tampung semua keperluan hidup setiap bulan. Jadi untuk terus hidup dengan selesa terpaksa cari jalan terbaru.... buat partime kat mana2 yang berdekatan tempat kerja atau rumah.

Tapi ada buruknya......... masa untuk keluarga terpaksa dikorbankanlah. Mana taknye.... pergi kerja pukul 8.00pagi, habis kerja opis pukul 5.00petang lepas tu terus sambung buat partime pukul 6.00petang hingga pukul 11.00mlm..... sampai umah terus tidur. sabtu dan ahad kena kerja. Tapi kebanyakan yang buat partime ni bujang lah! kalau ada yang dah berkahwin pon sikit je.....

Apa-apa cukup bulan ni jelah aku buat partime sebab bulan depan aku dah dapat kerja baru kat sri gombak. YAHOOO!!!!! dekat dengan rumah. hehhehe

Khamis, 10 Jun 2010

Perasaan Aku Hari Ni


Pagi.................


Bengang sebab malam tadi kena balik lambat siapkan tender.
Pkl 3.00 pagi baru sampai rumah. Pagi-pagi hari ni kena pergi Putrajaya hantar tender.


Tengah hari.......................


Balik dari Putrajaya kena pergi ke bank pulak. Tunggu...... bapak punya lama.
Pergi umah bos, bos dah keluar. Pegi balik Office.


Petang..............

Kenapalah hari ni buat aku sedih betul............

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter