Pengikut

Jumaat, 5 November 2010

KAABAH BANGUNAN PALING HEBAT DI DUNIA

Artikel dipetik daripada buku Cerita-Cerita Motivasi untuk Ibadah Haji dan Umrah oleh Tuan Khair Abd. Salam dan Zulkifli Khair
Kaabah Bangunan Paling Hebat Di Dunia

Sekiranya kita pergi ke Mekah, kita berpeluang menyaksikan banggunan paling hebat di dunia. kita juga berpeluang tawaf mengelilinginya. Contohnya, piramid sering disebut-sebut antara bangunan terhebat dunia dunia sehingga manusia lupakan kezaliman pembina piramid, Firaun yang menzalimi Nabi Musa dan pernah mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Selain daripada itu, ramai manusia yang mengagumi kehebatan banggunan tertinggi di dunia Taipei 101, bangunan romantis Menara Eifiel, tinggalan peradaban Hindu Candi Borobudur, menara berkembar Petronas dan sebagainya. Namun, Kaabah jauh lebih gah, lebih menyerlah.

Setiap tahun Kaabah dikunjungi lebih 10 juta manusia daripada seluruh pelosok dunia tanpa henti siang dan malam. Ia juga merupakan tumpuan kiblat bagi lebih 1.5 bilion umat Islam seluruh dunia. Ia pernah cuba dimusnahkan oleh Abrahah dan tentera bergajah, walau bagaimanapun semua tentera bergajah itu mengalami padah, mati akibat serangan sekumpulan burung di angkasa. Setiap orang Islam perlu berazam bersungguh-sungguh sejak baligh bagi mengunjungi Masjidil Haram, tempat terletaknya bangunan tertua dianggap sebagai tempat paling mulia di dunia disebabkan oleh kewujudan Kaabah dan Masjidil Haram. Berikut adalah antara keutamaan Kaabah.

-Pusat bagi umat Islam mengerjakan haji iaitu tempat yang Allah wajibkan mengunjunginya bagi yang berkemampuan

-Tempat yang semua orang Islam merendahkan diri, khusuk dan meninggalkan segala pakaian dan perhiasan dunia.

-Tempat yang Allah jadikan tanah suci dan tidak ada pertumpahan darah.-Tempat yang rasa aman, tenteram apabila memasukinya.

-Tempat yang dimaksudkan bagi menghapus dosa.-Tempat Allah syariatkan manusia (bertawaf di Kaabah).

-Tempat yang menjadi kiblat seluruh orang Islam sewaktu mengerjakan solat-Tiada tempat di dunia yang menjadi Hajarul Aswad (batu hitam).

-Tempat yang digandakan pahala beribadah khususnya di Masjidil Haram sehingga 100,000 kali ganda berbanding di tempat lain. Sehubungan itu, Allah memberi balasan azab berlipat kali ganda kepada mereka yang melakukan maksiat di Mekah.

-Tempat yang dilarang oleh Allah menghadap ataupun membelakangkan (Kaabah) sewaktu buang air ataupun besar.

-Terdapat beberapa tempat yang mustajab berdoa seperti di Multazam (antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah) di Hijr Ismail dan di depan Kaabah itu sendiri. Berdoa dengan yakin, Insya-Allah dimakbulkan.

-Banggunan yang tidak dapat dimusnahkan walaupun oleh Dajjal sebelum Hari Kiamat. Kaabah bangunan yang dipelihara Allah.

1 ulasan:

  1. Terima kasih kerana membaca buku kami. Moga kita semua beroleh haji mabrur dalam sinar lembut kasih sayang Allah.

    BalasPadam

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter