Pengikut

Khamis, 14 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI



Salam semua,

Sekali lagi Abg Ben buat segman BEN ASHAARI GEGAR LAGI.... Apa yang Ieta tahu kali ni Abg Ben buat segmen ini adalah untuk mengumpulkan seberapa banyak blog bermula hari ini ( KHAMIS - 14/04/2011 ) sehingga AHAD ( 17/04/2011 ). Bertujuan untuk apa?  tu Ieta tak tahu lagi... kena tanya Abg Ben sendirilah.
 

Bagi mana-mana Blogger yang nak menyertai segmen ini mudah je...
Klik header Ben Ashaari kat atas, dan ikut arahan yang telah Abg Ben berikan. Senang kan?
 

GOM RAMAI2 KITA GEGAR LAGI!!!!!!

Rabu, 13 April 2011

Jalan Karak Berhantu!

Misteri Di Lebuhraya Karak

  

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.

“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”


“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.


Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.

“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”


“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.

Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.


“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.

Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.

Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.

Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.

Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.

Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.

Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.

Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.

Followers ke 100 Blog MamaIeta

Akhirnya Followers ieta dah mencecah 100 pada hari ini 13/04/2011.

Ieta perkenalkan followers yang bertuah tersebut.


Mempunyai blog yang penuh dengan info2 yang berguna.
Jom jalan-jalan!

BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH ..


Hari ni Ben Ashaari buat Segmen : Kaulah Pelita Hati Ku ......

Segmen ini berkisarkan tentang kenangan pahit, manis, susah & senang bersama mengharungi hidup bersama lelaki tersayang yang digelar 'AYAH'.
(tidak lebih dari 100 patah perkataan dalam 4 perenggan)


Namanya Kamarul Zaman b Mat Idris, dilahirkan pada tahun 1947, anak jati Kuala Lipis, Pahang, seorang peneroka Felda. Abah ieta seorang yang tegas kepada anak-anaknya dan seorang yang sangat peramah kepada siapa yang mengenalinya.

Pengalaman dan pengorbanan yang tak pernah ieta lupakan sampai bila-bila tentang Abah adalah.... kekuatanya dan kesungguhannya membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada kami 5 beradik. Daripada seorang anak sulung yang dibesarkan di sebuah kampung dengan kehidupan keluarga yang serba sederhana dan serba kekurangan, dia menjadi seorang lelaki yang sangat kuat bekerja. Semenjak umurnya belasan tahun Abah dah mula bekerja menoreh getah di kebun Cina menolong keluarga, pendidikannya terhenti sehingga darjah 6. Kemiskinan keluarga dan tanggungjawab yang dipikul sebagai anak sulung dalam keluarga, itulah yang memaksanya bekorban masa dan nyawa. Allah membalas segala pengorbanannya dan diberikan kehidupan yang lebih baik setelah Ieta dilahirkan.

Satu lagi kisah yang susah untuk kami lupakan satu keluarga... terjadi satu tragedi yang menimpa salah seorang adik Ieta, sewaktu usianya 2 tahun (baru pandai merangkak pada waktu itu) terjirus api di badan. Abah, ku anggap seorang hero yang datang menyelamatkan adikku yang tengah dijilat api. Abah cuba memadanpkan api dengan kedua belah tangannya ke badan adik sehingga api terpadam. Kesannya kedua-dua tapak tanggannya melecur teruk. Itulah kisah tragedi yang boleh membuatkan Ieta mengalirkan air mata jika terkenangkan waktu itu. Abah memang seorang yang paling Ieta sayang dan hormati. Pengorbanannya tidak dapat ku balas sehingga mati.

Abah seorang yang penyayang. Dia sukakan binatang terutamanya kuching, mana taknye setiap ekor kucing yang datang mencari makan kat rumah kami akan diberikannya makan dan dibela. Oleh sebab itu tak kisahlah kalau semua orang kat kampung ku mengenai Abah, sehinggakan budak-budak muda pon suka bergaul dengannya. SEKIAN.....


So ini lah hero Ieta 'ABAH KU'




Apakah cara terbaik mendidik anak kita di zaman yang penuh mencabar ini ?

Secara amnya, ibu bapa mendidik anak-anak dengan disiplin dan hukuman. Kedua-dua ini memberi kesan yang kurang sihat pada pembesaran anak-anak. Hukuman ialah sesuatu yang ‘menyakitkan’. Hukuman ialah membalas seseorang yang telah melakukan sesuatu kesalahan. Disiplin pula merupakan tindakan yang dilakukan dengan satu matlamat tertentu. Dalam hal ini, ibu bapa harus mendisiplinkan anak-anak dengan diplomasi dengan tujuan untuk membantu anak-anaknya memperbaiki dirinya.



****   TAMMAT   ****

Selasa, 12 April 2011

Budak Comel Yang selalu buat hati aku PANAS!

     


Mari Ieta perkenalkan Budak Comel yang selalu buat hati Ieta PANAS!

Koorang kenal tak? kalau koorang nak tahu sapa nama dia... koorang cari lah sendiri kat gambar-gambar yang telah Ieta postkan kat sini.

Orangnya kuat makan macam kat bawah ni... PANAS! PANAS!



Orangnya suka bergambar dan mengambil gambar. (Memenangi tempat pertama @ ketiga ketegori photografi terbaik 1 Malaysia - Politeknik Muazam) PANAS! PANAS!


aDIK! mana kamera Kak Ieta? Bagi balik! hukhukhukhuk.......


PANASnya hati bila...........

COMEL SANGAT!

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter