Pengikut

Khamis, 31 Mac 2011

7 Gangster Wanita Paling Popular Di Dunia.

1.Judy Moran (dipenjara 2009-sampai sekarang).

Judy Moran, adalah wanita berusia 66 tahun yang memimpin Gengster terbesar di Melbourne. Dia dijuluki "family matriarch" yang mengubah Melbourne menjadi Dodge City.

 

2.Xie Caiping (dipenjara, 2009-sampai sekarang).



Di bandar Chongqing,Cina kerajaan melaksanakan tindakan keras terhadap jenayah terancang. sebuah operasi besar-besaran telah dilancarkan dan menangkap hampir 1.500 penjenayah, yang semuanya berada dibawah pimpinan Xie Caiping.Sebagai ketua, Caiping menjalankan pusat perjudian haram dan merasuah anggota polis untuk mengelak dikenakan tindakan.




3.Sandra Avila Beltran (dipenjara 2007-sampai sekarang).

Beltran lahir dan dibesarkan untuk menjadi "GodMother" Mexico.Pak ciknya adalah pengedar dadah di mexico.Dia mendapat julukan "Ratu Pasifik kerana dia menjadi orang tengah antara kartel Valle del Norte colombia dan kartel Sinaloa, dan membantu mengembangkan laluan rahsia penyelundupan dadah di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.Sandra sendiri dipenjara ketika menghadapi tuduhan jenayah terancang dan pencucian wang.




4.Rosetta Cutolo (dipenjara 1993-sampai sekarang).


 
Wanita ini menjadi gangster kerana rasa sedih akibat saudaranya ditangkap pihak polis Itali. Dia kemudian meneruskan bisnes milik saudaranya itu. Dia menjadi senarai suspek yang paling dikhendaki di Itali,kerana dia termasuk anggota keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), yaitu gangster yang paling ditakuti di Itali. Setelah menyerbu balai polis Itali di tahun 1981, dia menghabiskan 10 tahun sebagai buruan sampai akhirnya menyerah diri.





5.Maria Licciardi (dipenjara, 2001-sampai sekarang).



Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan "Capo di Tutti Capi" gangster dari Napoli. Di bawah pimpinannya, keluarga Licciardi menjadi lebih terancang, dan lebih menguntungkan dalam segala usaha mereka.Perniagaan yang paling menguntungkan yang diusahakan keluarga Licciardi adalah pelacuran di Camorra.Padahal sebelum itu, ada beberapa jenis kode peraturan yang melarang mafia mendapatkan wang dari pelacuran.





6.Maria Leon (dipenjara 2010-sampai sekarang).



Seorang ibu 44 tahun dengan 13 orang anak mungkin kedengarannya tidak terlalu berbahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi pemimpin pengedaran dadah dan obat bius yang menguasai timur laut Los Angles dan Beirut. Dia menjalankan bisnesnya untuk memberikan pendidikan bagi anak-anaknya.





7.Griselda Blanco (status tidak diketahui sampai sekarang).



Ketika berusia 11 tahun, dia menculik anak orang kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat dia tinggal dengan harapan mendapatkan wang tebusan. Ketika orang tua dari anak yang diculiknya menyatakan tidak mahu memberikan wang tebusan, dia menembak anak itu.Setelah pindah ke New York dari colombia di era 70-an dan memulai kariernya dalam penyelundupan dadah, Blanco pindah ke Miami untuk menghindari tuduhan mahkamah.



Di sanalah dia meletakkan dasar bagi Miami untuk menjadi ibukota kokain di Amerika Syarikat.Blanco diyakini telah mendalangi lebih dari 200 pembunuhan selama kariernya, termasuk (kemungkinan besar) ketiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun di penjara. Ketika dia dibebaskan pada tahun 2004, dia dideportasi kembali ke colombia dan tidak pernah dilihat sejak itu.

Rabu, 30 Mac 2011

Apakah Permainan Tradisional Kegemaran Anda?

Koorang rasa permainan tradisional apa yang koorang suka sangat main waktu kecil-kecil dulu? 

Kat bawah ni adalah sebahagian permainan tradisional yang selalu aku lakukan waktu kecil-kecil dulu.

 
Tuju Selipar




 


  



Congkak
 

 






Tuju Tin
















Dam



Galah Panjang


Sorok-sorok
 

Tudung Botol


Tang-Tang


Kalau nak ikutkan banyak lagi Permainan yang selalu aku lakukan waktu comel-comel dulu, tapi rasanya cukup lah ni.....







Selasa, 29 Mac 2011

Amy Search Jadi Pengetua, Paknil Kembali

cWalaupun Cerita ni dah ramai yang tahu, tapi MamaIeta nak jugak berkongsi serba sedikit mengenai cerita yang boleh membuatkan Mamaieta  bangga dengan orang Malaysia dan jugak pihak Astro khususnya.


Mula-mula dulu kita dikejutkan dengan bakal Pengetua AF9 "Ahmad Dhani". Setelah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, dengar ceritanya Astro telah membatalkan hasrat untuk menggunakan artis seberang tersebut untuk dijadikan Pengetua AF9. Disebabkan terlalu banyak tentangan dari pelbagai pihak berkitan isu tersebut dan mungkin juga pihak Astro menyedari yang masih ramai lagi artis-artis Malaysia yang berkaliber untuk dilantik menjadi pengetua AF9. Tahniah kepada Astro kerana berani membuat satu keputusan yang memuaskan hati ramai pihak.






Tak lama lagi kita akan diketahui siapakah yang bakal menjadi Pengetua AF9 dan juga pengacara AF9. Tapi daripada apa yang MamaIeta dengar, khabarnya Amy Search bakal dilantik menjadi pengetua AF9 dengan Paknil akan kembali menjadi pengacara setelah berehat beberapa musim. Nampaknya AF9 yang merupakan AF terakhir memang akan jadi gempak gila kalau 2 berita ini betul-betul menjadi kenyataan.  Sumber: Beautiful Nara

Isnin, 28 Mac 2011

Penah Makan Cendawan Ni?



Disini MamaIeta nak berkongsi serba-sedikit mengenai Cendawan Tahun @ sesetengah sesetengah orang mengelarkannya Cendawan Bukit.

Mungkin ramai yang tak pernah makan atau tak bernah tahu pon mengenai jenis cendawan ni. Mak kata cendawan jenis ni hanya tumbuh setahun sekali, terutamanya pada musim hujan. Mungkin jugak info tu betul.... memang susah nak jumpa cendawan ni tiap-tiap bulan, kalau dijual pon harganya memang mahal. Bagi sapa-sapa yang ada sakit urat Mamaieta tak galakan makan cendawan ni.... bukan apa takut makin sakit.



Cendawan ini tumbuh berkelompok, tak pada semua tempat hanya tempat2 yang tertentu je. Tapi hati-hati! jika megutip cendawan ini takut telah dicarun. Bahaya! jika dimakan.



Cendaran Tahun ni sedap jika dimasak air. eeemmmm yuumm yuumm menyelerakan. Tambah pulak dengan lada hitam yang ditumbuk halus dan hirisan lada api. Membuka selera...

Cucu Hantu!!!


Mamaieta tahu semua orang dah baca mengenai tajuk utama Harian Metro hari ni kan? mana taknya terpampang besar tajuknya. KESIAN.....
Tak berhati berut betul orang yang sanggup buat perkara tersebut, orang luar yang dibela  bagai keluarga sendiri tergamak nak menipu datuk tua yang hanya bergantung hidup dengan duit pencen yang ada. Bekerja berpuluh-puluh tahun... last2 ditipu pulak.

Bagi sapa-sapa yang mengenali orang tersebut "dikenali sebagai GEMUK", sama-sama lah kita melaporkan perkara tersebut kepada polis atau ketalian tel yang telah di berikan.

“Kami masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Gemuk menghubungi talian 07-2212999 atau 07-2254422”  - Sumber, Berita Harian


Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter