Pengikut

Selasa, 26 Oktober 2010

Selamat Hari Lahir Putera Ku


Selamat Hari Lahir Putra Ku yang ke-4

Mama doakan Amirul sihat tubuh badan, cerdik akal fikiran, baik budi bahasa, selamat selamanya.....
Walaupun tanpa Mama disisi sewaktu hari jadimu, tapi Mama sentiasa ingat dan rindu pada Amirul. Apa yang Mama nak, Amirul kena kuat hadapi dugaan ini, macam mana Mama kuat hadapi segalanya......

Mama tahu Amirul masih kecil untuk mengerti semuanya, tapi apa yang pasti Mama akan cuba melakukan apa yang terbaik untuk Amirul walaupun tanpa Papa disisi kita.

Mama berjuang hanya untuk Amirul, ingin melihat Amirul membesar seperti kawan-kawan yang lain walaupun tanpa kasih sayang Papa. Maafkan Mama jika Mama ada terkasar dengan Amirul, Mama hanya ingin mendidik Amirul supaya menjadi orang yang berguna bila dewasa nanti.

Apa sekali pon, Mama tetap sayang Amirul. Hanya Amirul harta yang Mama ada kat dunia ini.
"Selamat Hari Lahir Anak Ku Tersayang"

Ahad, 24 Oktober 2010

Wisma MBSA (23hb Oct' 2010)

Set Pelamin
Set Meja



Set Hidangan Pengantin
Set Menu Tetamu


23hb. Oktober, 2010 (Sabtu).
Singgah Wisma MBSA, Shah Alam untuk teman Bos untuk lihat Catering yang ditempah oleh client. Nice! cantik kan?

Ni adalah sedikit gambar yang Ieta ambil untuk tatapan kawan di Blog ini.

Teringat waktu hari bersejarah? hargailah apa yang telah kawan-kawan ada, dan semailah ia semoga ia tetap harum mewangi....

Ahad, 3 Oktober 2010

sEpi....


sEpi.....

Aku merenung ke langit,
Cantik betul ciptaan Tuhan,
Di ciptaNYa dengan tugas masing-masing,
Tiada satu pun cacat dan celanya,

sEpi.....

Aku ingin menjadi matahari,
Menerangi segenap alam,
Memberi harapan pada kehidupan,
dan membawa hangatnya rindu.

sEpi......

Aku ingin menjadi angin,
Membelah samudra lembut,
yang menyusup masuk ke ruang kamarmu,
dan mengucapkan
Selamat Malam Rindu.
:. iEta .:

Selasa, 28 September 2010

Selamat Pengantin Baru Kawan-Kawan Ku.


"Selamat Pengantin Baru" Ieta ucapkan buat Aisahah dan Ijan.
Dua Sahabat baik ieta yang dah lama tak jumpa. Dulu kitaorang sama-sama keje kat satu syarikat, tapi selepas ieta berhenti dan bekerja ditempat baru ni tak penah lagi berjumpa. rindu sangat kat diaorang. Last2 napat tahu nak jamu makan nasi minyak. tak sangka ieta. Gembira sangat sebab akhirnya diaorang bersatu jua. Itulah ketentutan Tuhan, sejauh mana jodoh seseorang akhirnya bertemu jua. Amin......

Apa-apa pon, ieta nak ucapkan Selamat Pengantin Baru. Ieta doakan Aishah dan Ijan akan kekal bahagia dalam mengharunggi hidup bersama dan cepat2 dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi hidup bersama. AMIN........

Ahad, 5 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Ampun dan maaf andainya
Terkasar bahasa
Terkasar bicara
Termarah yang tak kena
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja

Terpukul kat mana-mana
Terpekik di telinga
Terhantuk di kepala
Terpinjam harta benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila-bila
Termacam-macam lagi

Semoga dimaafkan, kerana you all lah
Kawan I dunia dan akhirat !

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter