Pengikut

Khamis, 25 November 2010

Teka Teki Bergambar


Berapa banyakkah muka yang boleh anda jumpai di dalam gambar 
di atas ini?

Rabu, 24 November 2010

Ayam Masak Merah


Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng
kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa


Bahan untuk dikisar:  

10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos


Cara:  

1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Ahad, 21 November 2010

Ayam Serai Pedas


Resepi simple citara Thailand
Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 3 keping dada ayam (ambil isi sahaja)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar (ditumbuk/dikisar)
  • 6 biji cili padi (ditumbuk/dikisar)
  • 1 camca sos ikan (sos nampla)
  • 1 camca sos tiram
  • Secubit gula dan sedikit ajinomoto
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
Cara-cara
  1. Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
  3. Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.

Salam Aidiladha 2010

Mama & Mirul
 Salam Aidiladha buat semua teman-teman yang mengunjugi blog Mamieta. Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh semua umat islam pada hari rabu lepas ieta sambut bersama keluarga tercinta di kampung.
Mama & Mirul
 Walaupun hanya dapat menyambut sehari, tapi kemeriahan di kampung amat menyeronokkan. Tradisi kunjung mengunjung, membalas hidangan masih dijalankan. Walaupon tak semeriah Aidilfitri, tapi suasananya hampir sama.
Mirul & Atuk
 Tahun ini dapat ieta melakukan solat sunat hari raya aidiladha. Yelah, kerja di rumah tak seteruk hari raya aidilfirti, semua dah disiapkan malamnya , hanya kerja2 sampingan je yang perlu dilakukan dipagi raya. Ieta bawa sekali Amirul, yelah selalunya tak dapat ikut sebab hanya nenek dan datuknya saja yang pegi. Ieta saja nak dia belajar dan rasakan suasana pagi raya di masjid.

Moga tahun depan ieta masih sempat menyambutnya bersama keluarga dan teman-teman. Amin.....

Rabu, 10 November 2010

ATTENTION! STAFF ONLY

Ha beratur .. dengar memo ni, pasni buat kerja rajin -rajin lagi..kalu tak.. siap ko semua


MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau
menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.


 kau tolong makan cepat sikit boleh.. ke nak kami makan ko..hihiiii

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit.Ini kerana
mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2010 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana
sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum `staff sembelit`.

f. PEMBEDAHAN:

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan
sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
HOI BANGUN!!!! MELAMPAU KO NI... SURUH KEJE LAH BUKAN TIDO ATAS NI ..

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini.Kami akan cuba
memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian,
terima kasih.

HA DAH FAHAM SEMUA.. PERGI BUAT KERJA,.. YANG TENGAH BACA NI PUN.. APA SENGEH-SENGEH...

HR DEPARTMENT



Moral : cari kerja tanya habis-habis dulu.. kalau dapat majikan gini.. boleh jadi sengal tahap gaban jiwa kita.. terus jadi jiwa kacau pastu meracau.. aleh....



Hihiii......


Jumaat, 5 November 2010

KAABAH BANGUNAN PALING HEBAT DI DUNIA

Artikel dipetik daripada buku Cerita-Cerita Motivasi untuk Ibadah Haji dan Umrah oleh Tuan Khair Abd. Salam dan Zulkifli Khair
Kaabah Bangunan Paling Hebat Di Dunia

Sekiranya kita pergi ke Mekah, kita berpeluang menyaksikan banggunan paling hebat di dunia. kita juga berpeluang tawaf mengelilinginya. Contohnya, piramid sering disebut-sebut antara bangunan terhebat dunia dunia sehingga manusia lupakan kezaliman pembina piramid, Firaun yang menzalimi Nabi Musa dan pernah mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Selain daripada itu, ramai manusia yang mengagumi kehebatan banggunan tertinggi di dunia Taipei 101, bangunan romantis Menara Eifiel, tinggalan peradaban Hindu Candi Borobudur, menara berkembar Petronas dan sebagainya. Namun, Kaabah jauh lebih gah, lebih menyerlah.

Setiap tahun Kaabah dikunjungi lebih 10 juta manusia daripada seluruh pelosok dunia tanpa henti siang dan malam. Ia juga merupakan tumpuan kiblat bagi lebih 1.5 bilion umat Islam seluruh dunia. Ia pernah cuba dimusnahkan oleh Abrahah dan tentera bergajah, walau bagaimanapun semua tentera bergajah itu mengalami padah, mati akibat serangan sekumpulan burung di angkasa. Setiap orang Islam perlu berazam bersungguh-sungguh sejak baligh bagi mengunjungi Masjidil Haram, tempat terletaknya bangunan tertua dianggap sebagai tempat paling mulia di dunia disebabkan oleh kewujudan Kaabah dan Masjidil Haram. Berikut adalah antara keutamaan Kaabah.

-Pusat bagi umat Islam mengerjakan haji iaitu tempat yang Allah wajibkan mengunjunginya bagi yang berkemampuan

-Tempat yang semua orang Islam merendahkan diri, khusuk dan meninggalkan segala pakaian dan perhiasan dunia.

-Tempat yang Allah jadikan tanah suci dan tidak ada pertumpahan darah.-Tempat yang rasa aman, tenteram apabila memasukinya.

-Tempat yang dimaksudkan bagi menghapus dosa.-Tempat Allah syariatkan manusia (bertawaf di Kaabah).

-Tempat yang menjadi kiblat seluruh orang Islam sewaktu mengerjakan solat-Tiada tempat di dunia yang menjadi Hajarul Aswad (batu hitam).

-Tempat yang digandakan pahala beribadah khususnya di Masjidil Haram sehingga 100,000 kali ganda berbanding di tempat lain. Sehubungan itu, Allah memberi balasan azab berlipat kali ganda kepada mereka yang melakukan maksiat di Mekah.

-Tempat yang dilarang oleh Allah menghadap ataupun membelakangkan (Kaabah) sewaktu buang air ataupun besar.

-Terdapat beberapa tempat yang mustajab berdoa seperti di Multazam (antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah) di Hijr Ismail dan di depan Kaabah itu sendiri. Berdoa dengan yakin, Insya-Allah dimakbulkan.

-Banggunan yang tidak dapat dimusnahkan walaupun oleh Dajjal sebelum Hari Kiamat. Kaabah bangunan yang dipelihara Allah.

Rabu, 3 November 2010

Maksud Disebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz
"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"
yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Keajaiban Ucapan Terima Kasih


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu,kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi korang perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah korang bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi,kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan,meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang.Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS.Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik,iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'.Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan korang.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf kay..

CERIA2 SLALU...

Anak-Anak Itu Kupu-Kupu Syurga




Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

Orang yang menangis takutkaan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu,
ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab.

Clik Sini Jika Suka MamaIeta

Follow ieta_kz on Twitter